Nine Chefs Malaysia | Restoran Masakan Melayu yang Sedap
4:03 PTG
Bismillah
Assalamua'alaikum
Hai kawan-kawan, siapa tak pernah rasa lagi makanan di Nine Chefs Malaysia yang terletak di IOI Mall? Kalau tak pernah, jom follow Numi beFood Review di Nine Chefs Malaysia. ini
Terletak di salah sebuah shopping mall mewah di Malaysia, Nine Chefs merupakan sebuah restoran bertemakan masakan Melayu dan sangat sesuai untuk mereka yang nakkan masakan Melayu tulen. Numi sendiri tak sangka, masakan Melayu yang dihidangkan memang sangat rare daripada yang Numi pernah rasa sebelum ini.
Tapi sebelum itu, baiklah Numi kongsikan dekorasi interior Nine Chefs ini yang sangat cozy ini okey.
Lokasi : GE11, Ground Floor
Kalau tak jumpa, sila rujuk gambar ini. Meja makan luar memang sesuai untuk mereka yang nak makan sambil ambil angin siang dan malam yer.
Masuk pintu entrance tu, tersergam indah dekorasi ini. Simple jer, dekorasi yang simple menjadikan interior restoran tampil cozy.
Ruangan makan yang luas dan terbahagi kepada 5 bahagian. Kiri, Kanan, luar , private dan bar style. Ini adalah ruangan makan di bahagian kiri.
Ruang Makan bar style.
Dekorasi dinding yang mengiurkan.
Cukup untuk interior, mari Numi perkenalkan antara makanan yang Numi cuba di Nine Chefs ini.
Appetizers :
Untuk membuka selera, Numi dan rakan blogger memilih 3 menu yang memang boleh buat anda rasa macam nak pergi terjah je Nine Chefs lepas ni okey. Rojak Buah, Ayam Goreng bersalad dan Salad Roll Udang yang Numi sendiri tak pernah try. Nak tahu rasa? Jom baca lagi..
Fruits Rojak | Rojak Buah | RM 12.90 |
Deep Fried Chicken Wings Serve with House Dip | RM 14.90 |
Prawn Rol Salad | 15.90 |
Ini memang lain dari yang lain. Sedap yang amat! Udang roll bersama salad. agak berbeza dan antara menjadi rebutan kami. hehe
Minuman :
Apabila 5 blogger buat food review, masing2 nak try air lain2. Nah.. 5 air minuman terlajak sedap..
Dari kiri : Coconut Blend, 3 layered tea, Soda Herbs, Ribena Lychee,Signature Coffee Nine Chefs |
Main Course :
Menu untuk Main Course ini semuanya berasaskan masakan Melayu. Antara yang menjadi sebutan ramai adalah : Set Nasi putih bersama Daging Salai masak lemak, dan Laksa Goreng. Perghhh, Seriously sedap siotttttttttt..Set Nasi Putih bersama Butter Cream Prawn | RM17.90 |
Kerabu Fried Rice served with Deep Fried Chicken Wing and Percik Sauce | RM16.90 |
Nasi Kerabu with Ayam Percik | RM19.90 |
Friend Laksa | Laksa Goreng | RM 15.90 |
Satu ayat je Numi boleh explain menu ini. SUPERBB!! Rasa mee laksa tetapi version goreng. tanpa kuah, dengan Udang sebesar gajah tepi tuu (Ayat bombastik sangat! :P)
Pencuci Mulut / Desserts
Bagi melengkapkan food review kami kali ini, pencuci mulut yang mengiurkan menjadi pilihan kami berlima. Antara yang sedap adalah : Pisang Goreng Cheese + Oreo , Banana split dan Pisang Goreng bersama aiskrim. Tak lupa cendol. :p
Cendol | RM5.90 |
Pisang Goreng Besama Vanilla Aiskrim | RM 12.90 |
Pisang goreng Cheese |
Review Numi
Bagi Numi, pengalaman makan di Nine Chefs ini memang satu pengalaman manis. Bukan sebab ini sponsor food review, tetapi rasa makanan yang susah Numi nak lupakan. Banyak menu yang mengugat iman okey bila tengok balik gambarnya. Seriously, memang sangat sedap. Untuk mereka yang nak makan bersama keluarga dan mengingkan hidangan makanan Melayu, Nine Chefs lah tempatnya.
Infomasi tambahan :
Untuk maklumat lanjut sila ke :
Untuk tempahan sila hubungi :
Masa operasi :
Isnin -Khamis : 10am - 10pm
Jumaat - Sabtui: 10am - 11pm
Ahad : 10am - 10pm
Jumaat - Sabtui: 10am - 11pm
Ahad : 10am - 10pm
Salam sayang,
0 Orang Positif