[PRODUCT REVIEW] Awaken Your Innerlight | Whitening Sleeping Mask & Illuminating Eye Care and Mask

10:00 PG

 Bismillah
Assalamua’alaikum semua!


Baru-baru ini, Numi berpeluang untuk menghadiri perlancaran produk baru dalam rangkaian L’Occitane Reine Blanche yang di adakan di restoren exclusive di Glasshouse Seputeh; Delectable By Su. Ini adalah untuk merasmikan dua produk baharu L’Occitane Reine Blanche iaitu Whitening Sleeping Mask dan Illuminating Eye Mask bagi melengkapkan rangkaian produk kecantikan Reine Blanche.  


Majlis ini di hadiri beberapa Beauty Blogger yang lain seperti Ayue Idris, Sabby Prue dan beberapa Chinese Blogger yang lain. Semasa majlis perlancaran tersebut, PR L’Occitane sendiri telah memberi penerangan tentang kebaikan Whitening Sleeping Mask dan Illuminating Eye Mask ini kepada kami.



Bagi wanita yang mengimpikan kulit yang cerah dan lembut, inilah produk yang unggul Numi boleh suggest dekat korang. Selepas ini, Numi akan bercerita dengan lebih mendalam kebaikan produk Reine Blanche ini dan hasil selepas penggunaannya selepas 2 minggu.


Masalah yang sering di hadapi oleh setiap wanita adalah kecerendungan mereka terdedah dengan sinaran UV merbahaya, stress terlampau, kurang minum air putih yang menyebabkan hydrasi kulit, tompok hitam dan mengakibatkan kulit kurang bermaya. Oleh itu, Reine Blanche memperkenalkan Whitening Sleeping Mask bagi mengatasi masalah-masalah ini semasa tidur. Jadi, bila bangun sahaja dari tidur, kulit akan Nampak lebih cerah dan bermaya.  


Whitening Sleeping Mask

  • Made in France
  • Harga : RM330
  • Berat : 100ml
  • Tempoh penggunaan : 6 bulan selepas produk di gunakan




Reine des Pres adalah sejenis bunga yang berwarna putih yang mempunyai bahan aktif untuk memutihkan kulit. Yang menarik tentang bunga ini, ianya mempunyai salicylic asid yang aktif untuk menggalakkan penumbuhan lapisan epidermal kulit dan menbuat kulit bersinar serta bermaya. Berinspirasikan dengan prinsip kecantikan yang di pegang oleh L’Occitane, satu program bernama REINE BLANCHE  Illuminating Program telah di adakan bagi mencipta satu rangkaian produk kulit  agar kelihatan cerah dan bermaya.


Formula gel yang ringan dan menyegarkan kulit, perlahan-lahan meresap ke dalam kulit wajah meninggalkan kulit bersinar dan licin. Selain di perkaya dengan Vitamin C yang bertindak sebagai agen pemutih dan pati bunga Scutellaria Baicalensis yang membantu menentang kerosakan kulit akibat pencemaran udara dan stress. 


Dengan penggunaan harian yang berterusan, Whitening Sleeping Mask membantu:
 
1. Mengurangkan penampilan tompok-tompok hitam pada kulit.
2. Meratakan warna kulit, untuk membantu kulit pulih dan anjal.
3. Menguatkan struktur kulit, untuk meningkatkan keupayaan untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari
4. Kulit akan terasa lembut selepas pemulihan daripada pencemaran 
5. Kulit sentiasa hidrasi selama 24jam *.


How to use :



Sapukan lapisan tebal untuk kulit kering , elakkan bahagian mata. Ikut method urutan yang di sediakan atau biarkan  selama 10 minit, kemudian perlahan-lahan buang lebihan produk dengan tisu jika diperlukan. Jangan bilas. Untuk kesan optimum, urut topeng dengan menggunakan teknik-teknik ini ;

  • Merangsang peredaran mikro :Letakkan jari telunjuk dan ibu jari anda di dagu kemudian gelongsor dari dagu ke arah tulang rahang. Ikut arah jam.
  • Melicinkan kulit: Buat gerakan membulat pada muka dengan hujung jari anda. Menggunakan telapak tangan anda, buat urutan arah jam di pipi anda.

Illuminating Eye Care & Mask


  • Made in France
  • Harga : RM193
  • Berat produk : 15 ml
  • Tempoh penggunaan : 3 bulan selepas produk di gunakan


Diperkaya dengan Kompleks Reine Blanche , yang dibuat dengan derivatif botani semula jadi. Gel ringan ini membantu untuk menerangi kontur mata dan untuk menjadikannya bersinar. Aplikator ultra -penyejukan mengurut yang membantu untuk merangsang peredaran mikro mengurangkan kesan bengkak bawah mata agar mata kelihatan lebih segar dan bermaya.




Dengan penggunaan harian , ia membantu untuk : 1. Mencerahkan dan menerangi kontur mata 2. Mengurangkan mata bengkak 3. Mengurangkan garis-garis halus sekitar mata 4. Kulit sekitar kawasan mata kelihatan bersinar.



Aplikator mewah dengan hujung logam bulat untuk kesan penyejukkan segera yang membantu untuk merangsang peredaran mikro kawasan mata.

How to use it :

Sapukan setiap pagi dan petang di bahagian mata , urut menggunakan aplikator logam seluruh kawasan mata dan kemudian perlahan-lahan sapu sedikit formula di kawasan mata. Kemudian, sesudah urutan menggunakan aplikator logam, gunakan jari anda untuk urut di kawasan hujung mata.  
 
Untuk digunakan sebagai mask , gunakan sebanyak dua kali seminggu dengan lapisan tebal di bahagian mata . Biarkan selama 10 minit, kemudian lap lebihan gel tersebut. Elakkan daripada membilas dengan air. 








“ Selepas dua minggu penggunaan Whitening Sleeping Mask dan Illuminating Eye Care & Mask, Numi dapati Kulit wajah kelihatan lebih cerah dan bersinar berbanding sebelum penggunaan. Selain itu, kawasan mata nampak lebih segar dan kurang eye bag. Selain itu, Gel-krim yang ringan itu amat menyegarkan kulit wajah, dan juga wangi! “


5/5 Stars!!
Love it!

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari:
Facebook : www.facebook.com/LOCCITANEEnProvence

Sekian,

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe