[FOOD REVIEW] Flight Club , KLIA

2:59 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua..
Korang! Terutamanya kepada korang yang suka melancong ke luar negara tu. Mesti korang pernah nampak Flight Club di KLIA kan? 
Tapi takut nak masuk. Sebab nampak macam exclusive dan makanan mesti mahal  sangat. hehe..Okey, harini Numi nak share food review dengan korang ape sebenarnya Flight Club ni dan ape yang best dekat sana. 
Nampak gambar intro tu?
korang belum tengok lagi gambar makan2 yang di sediakan oleh Flight Club untuk kami. Memang confirm meleleh punya.

Terletak di Satellite Building KLIA , bagi korang nak nak melancong ke luar negara mensti akan melalui ke Satellite building ini,. Nak kesini kene naik Train tau. Bukan nya boleh jalan kaki jer. 



Lokasi Flight Club yang strategik ini memang sesuai untuk mereka ynag mencari tempat untuk lepak-lepak sementara menunggu kapal terbang kan. Selain suasana restoren yang aman, hidangan yang berkhasiat dan juga harga yang berpatutan membuat Flight Club ini menjadi satu lokasi lepak yang ideal untuk korang. 




Jom, Numi dah tak sabar dan ni nak kongsikan menu2 lazat di Flight Club ini . 
Numi akan mulakan dengan STARTER yang sihat ini yer. Bagi korang yang suka makan salad tu, memang sangat rekomen HIGHLAND GREEN RAINFOREST & HOME GROWN FARMER POTATOES ini untuk korang. Numi sangat suka salad yang di gunakan dan dengan bijian kekacang yang rangup. 

HIGHLAND GREEN RAINFOREST RM16.00

HOME GROWN FARMERS POTATOES | RM18
Hydroponic Baby cos "Caesar's Style| RM16
 selain daripada itu, boleh jugak merasa salad yang di sertakan dengan beef  bakon didalam hidangan Hydropnic Baby Cos Caesar's Style. Selain daripada itu, kalau nak merasa soup tomato segar yang di perah dengan menggunakan juice maker dan di hidang dengan suhu 6 darjah celcius. Wah! memang scientific betul semua hidangan-hidangan ini.

FRESH CAMERON HIGHLAND TOMATO SOUP | RM12
 Untuk minum pulak, kami di hidangkan dengan 2 jenis juice: TIMELESS & CHARGE ME UP
kedua-duanya minuman yang berkhasiat. Sebabnya, bukan satu jenis buah je tau yang di gunakan untuk buat 2 jenis juice ini, tapi banyak. Sebagai contoh : Charge Me Up menggunakan fresh oren, serai, dan lemon.


Okey! mari kita pergi ke main course. Ini adalah Squid ink  Pasta.. Nama di aje korang dah boleh teka kan, ape yang menyebabkan warna pasta tu jadi warna hitam. Ini merupakan hidangan kesukaan bloggers yang hadir kerana kesedapan pasta itu sendiri dan di sertakan dengan  sotong segar di goreng dengan sempurna.

SQUID INK PASTA | RM 25

Next, Angle Hair Pasta, ini merupakan kesukaan suami Numi. Pasta yang di goreng menggunakan rempah ikan dan rasa nya sedikit pedas. Di sertakan dengan Fish Fillet yang juicy tu. memang irresistible okey!

ANGLE HAIR PASTA | RM 28
Bagi peminat tegar cheese, korang mesti suka dengan hidangan seterusnya ini. Fettucinne alla Carbonara memang hidangan 100% cheese Parmesan, di masak dengan chicken bakon yang di adun sempurna dengan Parmesan cheese. 
Fettucinne alla Carbonara |RM25
 Hidangan seterusnya sedikit pedas,Singapore curry noodle. Korang nak rasa ala-ala Asian Fusion tu, boleh la try eh.. Seriusli besar hidangan ini. Boleh makan untuk 2 orang.
 Suka Udang? meh try Prawn Rissoto ini. pasti tak rugi. Di hidangkan dengan Rissoto with cheese, terdapat jugak cendawan kecik memeriahkan hidangan.

PRAWN RISOTTO 


Oh! ini adalah favorite numi. Sheperd Pie yang tersangatlah sedap. hidangan yag besar, isi daging hancur yang sebati dan cheese didalam Sheperd Pie ni memang sedap sangat.
Tak rugi yer, kalau korang cuba yang ini.

SHEPERD PIE | RM 33

 Teringin nak makan nasik? korang boleh try Vegetarian Fried Rice ni, atau Flight Club Fried Rice.



 Tak lupa dengan Fish and Chip ala-ala Flight club. Seriously, sedap !!

Nak makan PIPI DAGING sempurna? meh try 1824 BEEF CHEEK di Flight Club ini. Sedap sehingga kami order 2 set tau untuk hidangan ini.


 Korang boleh jugak order air coffee primium di sini. Ini adalah Mocha Ice.


 Baiklah, Numi akan teruskan dengan review dessert pulak. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis desset. Antaranya :


  • Chocolate Lava Cake
  • Cheese sponge  Cake
  • Ice Cream Beetroot 
  • Ice Cream Vanilla
  • Ice Cream Cempedak 
  • Ice Cream Cinnamon
  • Swiss Role Cake
  • Chocolate ball 





 Antara yang menjadi kegemaran kami adalah Ice Cream Cempedak yang sangat rare oeky. Jarang kita jumpa orang buat cempedak jadi ais krim kan. Selain Chocolate Lava cake yang di masak segar di situ,, menjadikan hidangan itu lain dari lain. Sebab, kalau korang order Lava cake tu, kene tunggu 15 minit tau. Keluar je dari ketuhar, terus hidangkan dekat korang dengan Vanilla Ice Cream

Rasanya untuk itu je lah hidangan yang di sediakan, ada beberapa lagi rasanya, tapi ini antara yang Numi dan rakan-rakan suka.  Terima kasih Flight Club atas jemputan FOOD REVIEW.



Chewah, Numi tinggalkan gambar romantik Numi bersama suami. Selepas perut kenyang, hati pun gembira. Tempat yang sesuai untuk mereka nak lepak dating sebelum menaiki flight ke luar negara.

Untuk maklumat lanjut : 

Tel : +603-877601538
Email :  kliaflightclub@plaza-network.com

Alamat :
Mezzanine Floor (Level 2), Satellite Building, KL International Airport. 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe