[EVENT] Perlancaran Produk Baharu EVERSOFT

3:25 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua! 


Baru-baru ini, Numi ada menghadiri satu pelancaran produk Baharu di One Utama Shopping Center. Korang mesti pernah dengar ataupun pengguna Eversoft skin care kan. Sekarang, mereka telah pun melancarkan beberapa lagi pencuci muka yang baru bagi menambah variasi pencuci muka EVERSOFT. Jom baca.. 




EVERSOFT,  jenama “Pakar Pembersih Wajah Harian” melancarkan semula rangkaian pencuci muka dengan “100% Tumbuhan Organik Aktif” yang telah diuji & dipercayai berasaskan formulasi Jepun. Membersih muka dengan mendalam secara kerap dapat menyingkirkan kotoran pada permukaan wajah dengan efektif agar kulit kelihatan bersih, sihat dan berseri.

 

Sepertimana petua kecantikan yang diperturunkan si ibu kepada anak gadisnya, begitulah EVERSOFT yang telah diwarisi generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun. Kekal bersama asas dan kepercayaannya terhadap 100% Tumbuhan Organik Aktif dan Teknologi Jepun, EVERSOFT berterusan memberikan yang terbaik kepada para pengguna remaja di Malaysia bagi membolehkan mereka memperoleh kulit sihat, kekal remaja dan cerah berseri. Barisan pencuci muka dan skrub wajah EVERSOFT bertindak lembut pada kulit dan membersih kotoran jauh ke dalam kulit tetapi masih mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi dalam setiap cucian.

Semasa di majlis perlancaran tersebut, Nancy Foo dan anaknya turut hadir untuk berkongsi rahsia keremajaan kulit mereka, dan bagaimana Nancy menjaga kulit wajah anaknya. Memang tidak di nafikan, EVERSOFT merupakan produk yang turun menurun, kerana keberadaan produk tersebut di pasaran hampir 30 tahun. 
 

Pelancaran semula EVERSOFT memperkenalkan kandungan paling berkesan dalam rejim kecantikan Jepun termasuklah rangkaian yang menggunakan bahan-bahan makanan dan ekstrak organik yang diperakui dan diadun bersama seperti bunga camellia, gingko & yuzu, aprikot, avokado, mulberi, minyak dedak padi dan Asid Hialuronik. Sebagai tambahan terhadap sabun pencucinya yang terkenal, rangkaian yang diperbaharui itu turut memperkenalkan dua jenis format baharu iaitu Pembersih Susu untuk kulit sensitif dan Pembersih Gel untuk kulit kering.

Variasi pencuci muka EVERSOFT sesuai untuk semua jenis kulit menjadikan ia sempurna kepada mereka yang prihatin tentang kesihatan dan kecantikan kulit terutama remaja yang sedang meniti alam dewasa.
 

EVERSOFT menyediakan 5 pencuci muka dan 1 skrub yang diperbaharui untuk pelbagai jenis kulit.

Pencuci Wajah EVERSOFT

·         Avokado & Minyak Dedak Padi (Rice Bran Oil) Organik – Khasiat Ekstra
Formula berkhasiat & penghidratan dengan 100% ekstrak Avokado Organik & Minyak Dedak Padi organik yang diperkaya dengan Vitamin E bagi membantu melawan tanda-tanda penuaan kulit dan melindungi sel kulit daripada pengoksidaan radikal bebas. Memberi khasiat dan menghidratkan kulit membolehkan kulit menjadi lebih cerah dan kekal remaja.

·         Gingko & Yuzu Organik– Kawalan Minyak & Jerawat
Formula kawalan minyak & jerawat dengan 100% ekstrak Daun Biloba Gingko & Buah Yuzu organik dan tinggi kandungan antioksidan dan Vitamin C bagi membantu membersih sambil menyingkirkan kotoran serta meredakan kemerahan kulit. Sesuai untuk mereka dengan kulit berminyak dan kombinasi.

·         Bunga Camellia & Mulberi Organik– Pemutihan Ekstra & Kulit Berseri
Formula pemutihan ekstra dengan 100% ekstrak Bunga Camellia & Mulberi organik dan diperkaya dengan Vitamin E yang melindungi kulit daripada sinaran UVB berbahaya. Ia memperbaiki tona kulit, mengurangkan tompok gelap dan dalam masa yang sama meremajakan dan memperbaharui kulit menjadikan ia berseri dan berkilau.

·         Benih Jelai (Coix Seed) Organik & Asid Hialuronik – Penghidratan Ekstra & Kulit Anjal
Formula penghidratan ekstra dengan 100% ekstrak Benih Jelai Organik & Asid Hialuronik yang bertindak sebagai agen pelembap botani semula jadi bagi mengekalkan hidrasi kulit untuk kelicinan, kecerahan dan kelembutan kulit berpanjangan. Sesuai untuk mereka yang berkulit kering dan sensitif.

EVERSOFT Pembersih Serum

·         Mulberi Organik & Asid Hialuronik  – Pemutihan & Penghidratan
Formula Pemutihan & Penghidratan dengan 100% ekstrak Mulberi Organik & Asid Hialuronik yang kaya dengan kelembapan dan nutrien bagi membantu meremaja, memperbaharui dan melicinkan kulit kusam dan tidak bermaya. Serum pembersih bertindak lembut menjadikan ia ideal untuk kulit sensitif.

EVERSOFT Pembersih Skrub

·         Aprikot & Mulberi Organik– Membersihkan Bintik Hitam
Formula membersih bintik hitam dengan 100% ekstrak Aprikot & Mulberi organik dan kaya dalam peremajaan kulit secara semula jadi yang ideal untuk semua jenis kulit. Partikel mikronya meresap jauh ke dalam kulit bagi memberikan kesan skrub menyeluruh sekali gus menyingkirkan bintik hitam, kotoran degil dan minyak berlebihan untuk mengelakkan pembentukan bintik hitam/bintik putih baharu.



EVERSOFT baharu dan diperbaharui didatangkan dalam tiub putih elegan dengan setiap tiub mempunyai warna yang terang menarik bagi mewakili perbezaan setiap variasi. Pencuci muka EVERSOFT kini boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM11.75 untuk 120G dan RM17.80 untuk 195G.

Untuk maklumat lebih lanjut : 
Facebook : https://www.facebook.com/EversoftSkinz/

Salam sayang

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe