Bokitta Pilihan Wanita Bekerjaya

2:53 PTG

Bismillah

Assalamua'alaikum ladies..
Numi harini nak share dengan korang tentang pemakaian tudung. Ye lah kan, setiap wanita mempunyai style tudung yang berbeza-beza mengikut kerjaya masing-masing.


Bagi wanita yang berhijab, kita semua mempunyai satu masalah yang sama apabila menyentuh mengenai pemakaian tudung. Kadang kala teringin untuk mengenakan fesyen hijab yang ‘hipster’ atau juga dikenali sebagai lilitan hijab kontemporari, namun masa sering kali tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi bagi busy working mothers yang sering terkejar-kejar setiap pagi untuk ke pejabat. Dan kadang-kala, niat untuk mengenakan fesyen hijab ‘hispter’ ini tercapai tetapi gaya tersebut tidak akan kekal untuk sepanjang hari terutama sekali apabila anda ingin memakai semula tudung selepas menunaikan solat. Betul tak?


Oleh yang demikian, ramai wanita khususnya yang bekerjaya kini lebih gemar memakai tudung instant atau instant shawl yang mudah dipakai dan praktikal. Salah satu jenama yang mula-mula membawakan trend tudung instant ini ke pasaran tempatan adalah jenama tudung Bokitta.


Bokitta bukanlah satu jenama yang asing lagi di kalangan para wanita berhijab. Malah, koleksi ‘pin-less wrap style hijab’ ini pernah menjadi fenomena ketika mula-mula dipasarkan. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sehingga kini mempunyai sejumlah penggemar yang cukup ramai. Apa yang menarik mengenai koleksi tudung Bokitta Hijab ini adalah kerana rekaan tudung yang cukup praktikal dimana ia tidak memerlukan sebarang pin untuk memakainya. Anda hanya perlu sarung di kepala dan siap! Mudah bukan?

 Everybody loves Bokitta! 

okey korang! sampai sini sahaja celoteh Numi kali ni,

Salam sayang,

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe