[TIPS] : Bagaimana Survive semasa Banjir

6:56 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua. 
Hujung minggu ni, masa yang sesuai untuk berehat-rehat di rumah. Selain masa yang terbaik untuk saling bermanje dengan anak dan suami, dan amasa itu jugak lah kita nak berkemaskan rumah. huhahaah.. 

ok, Hari ni Numi nak share sikit tips untuk korang. Memandangkan semalam Mama Numi call katanya rumah nenek ku di Kuching dah hampir tenggelam separuh daripada rumah dia dek air banjir.. OOOOHAAAA.. Banjir besar melanda Kuching dah oi.. 

FOTO FROM :http://www.malaysiastylonews.com/wp-content/uploads/2016/02/sarawak-banjir.jpg
Matilah nak kalau tak cukup bekalan makanan.Tips hari ni berkisarkan dengan 
"BAGAIMANA SURVIVE SEMASA BANJIR"
1. Pastikan barangan elektrik seperti: peti sejuk, televisyen , oven, kipas angin, dan banyak lagilah yang berkaitan dengan elektrik. letak di tempat tinggi. Kalau rumah korang ada 2 tingkat, letak semua barangan elektrik, sofa rumah dan almari yang mudah mengembang kerana air tu di tingkat atas. 

2. Pastikan bekalan makanan semasa banjir cukup yer. Kalau boleh, kurangkan masak masakan yang COMPLICATED. Buat masakan yang simple dan mudah agar tak banyak air yang di gunakan untuk mencuci pinggan dan periuk nantikan.. 

3. JANGAN MANDI AIR BANJIR! ini sangat penting kerana banyak kes budak lemas, tapi bukan budak je tau, BAPAK BUDAK pun ade yang lemas keran arus deras. Selain daripada lemas, penyakit kulit jugak mudah merebak tau masa air bah ni. Jadi jangan sesekali biasakan diri untuk mandi semasa banjir.. Nak bereang berirama bagi. 

4. Sediakan pakaian bersih untuk seminggu dua,jadi takdelah korang kekurangan bekalan baju kan nanti. heheh. 

5. SEDIAKAN WANG CASH SECUKUPNYA.. Kenapa? in case of any emergency, korang tak perlulah nak ke ATM untuk withdraw kan. Kalau sakit, terus ke klinik yang tak banjir.. Numi takut, semasa banjir besar melanda, bank mungkin akan close down awal(kalau banjir jer) atau lansung tak open. ATM pun mungkin akan system down. 

Oleh itu, Numi berharap sangat tips2 mudah dari Numi ini akan berguna untuk kalian sekarang yang dilanda banjir. Numi ucapkan takziah untuk keluarga dan sanak saudara Numi di Kuching yang sedang mengalami banjir. Harap semuanya selamat hendaknya. 

Salam sayang dari Numi... 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe