Tugas-tugas Indah Water Konsortium & Cara Pembayaran Bil Indah Water

2:35 PTG

Bismillah

Assalamua'alaikum

Siapa dekat sini liat sangat nak bayar bil Indah Water? Mesti ada kan,..... Korang tahu tak kenapa kita perlu bayar bil Indah Water..? Dan apa sebenarnya Indah Water ni buat.. Bunyi macam indah je kan, tapi kerja yang dorang buat ni apa? dekat mana? 

Mungkin ada yang dah aware pasal Indah Water ni, tapi dorang buat tak tahu jer. Yelah, banyak aje poster Indah Water ni menempek di tandas-tandas shopping complex atau tandas R&R,Tak pun dekat TV, Indah Water pun sekarang keluar dekat iklan TV. Nak tahu kenapa dorang berusaha gigih sangat untuk membuat segala promosi ini..? Kerana, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia ni tak nak bayar RM7.00 bil Indah Water... Huhuhu. 

Takpe2, tugas Numi hari ni nak bagi korang insaf sikit, dan tahu ape sebenarnya tugas IWK ini kepada rakyat Malaysia. 

 Pada zaman nenek moyang kita dulu, kalau dorang nak buang air besar, sisa buangan mereka akan terkumpul dalam besen bear, dan pada petang hari akan ada orang-orang yang ditugaskan untuk mengutip semua besen tersebut dan menggantikan dengan besen kosong yang lain. Semua najis tersebut akan diangkut dan di bawa ke satu tempat pembuagan.

Itu pada era nenek moyang kita lah kan, then, pada tahun 1950an baru lah sistem baru diperkenalkan, Orang awam dah mula menggunakan tandas pam, dimana semua najis akan di kumpulkan ke satu tangki najis. 
 Tapi, tak semua tau tempat ada sistem tandas pam ni dan sistem pembentungan yang sempurna. Korang bayang kan lah, setiap tahun, manusia menghasilkan 5 juta tan sisa kumbahan, Mak aih!! memang banyak tuuu. Kalau tak di rawat, boleh jadi gunung dah najis kita ni! huhuhuhu
 Dan kebanyakkan tempat yang tak ade sistem pembentungan yang sempurna tu, pergi direct ke sungai. Kesian ikan dalam sungai tu nak oi, dapat baja free dari korang. 

Oleh yang demikian, Indah Water Konsortium Sdn Bhd pun di tubuhkan. Tujuan utama mereka adalah untuk menguruskan sisa kumbahan seharian dengan sempurna sebelum dilepaskan ke sungai. Jadi tak delah ikan dan segala hidupan semua mati kan.. heheh TQ IWK
 Ok! ini adalah cari untuk mereka mengbersihkan air sisa kumbahan kita. Memang details kan,.. 

  1. Mula-mula, air kumbahan akan di saringkan. Ini adalah untuk membuang segala sampah-sampah yang nyata nampak. 
  2. Penyaringan kedua adalah untuk membuang segala sisa-sisa halus melalui lapisan pasir dan kersik. 
  3. seterusnya air akan di salurkan ke tangki penjernihan untuk memastikan segala sisa halus yang masih ada mendap ke bawah dan hanya air yang jernih sahaja akan di salurkan ke sungai. 
  4. seterusnya, air yang sudah jernih akan di salurkan ke satu lagi process yang di namakan Pengudaraan Resap / Diffuser. Di sini buih oksigen akan di lepaskan bagi mengkatifkan baktiria untuk menghapuskan sisa pepejal. Atau air itu melalui Pengudaraan Terapung/ Surface Aereator yang merupakan fungsi utama yang sama. 




 Terakahir sekali, air akan terkumpul ke satu tangki besar untuk di lepaskan. Segala Enapcemar akan terkumpul di bawah tangki dan akan di jadikan baja untuk pertanian. Baguskan! Ingat najis kita tak de manfaat ker? banyak okey! Siapa dekat sini pernah tengok cerita The Martian tau lah. heheh

 Ini pula adalah process pembuatan perapi tanah. Korang boleh lihat dekat atas cara pembuatan nya ye. Mana tahu nak praktik kan dekat rumah nanti. heheheh
\

Tak lupa juga, bagi korang yang masih menggunakan tangki sisa kumbahan terkumpul, IWK ada menawarkan khidmat mengkosongkan tangki tersebut. Korang kene aware tau pasal ni, kerana tangki septik itu perlu di kosongkan untuk mengelakan perkara buruk terjadi. Numi tak nak sebut dan bayang kan lah! Takut uolls... grrr..

Pihak IWK membuat kerja penyedutan tangki septik pada malam hari. TQ abang-abang IWK

Ini merupakan salah satu tempat penyaringan air sisa Kumbahan IWK.

Jadi, dah tau ape sebenarnya IWK buat dekat korang. Jadi apa tunggu lagi,korang kene lah tolong bayar bil IWK ni, yer.. 
Ok, ini cara pembayaran bil IWK. Sekarang dah mudah ye, semua di hujung jari jer.. hehehe. Tapi kalau yang oldskool tu, korang boleh lah menggunakan kaedah 1) & 2) tu. okey. 

1) Menggunakan Sampul Surat Setem Pra-Bayar IWK bagi pembayaran berbentuk Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Sila pastikan anda menulis NOMBOR AKAUN PEMBETUNGAN anda di muka belakang Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

2) Pejabat-Pejabat & Ibu Pejabat IWK di Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur bagi pembayaran secara Tunai, Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos. Tel. 03-27801100.

3) Perbankan Internet :

4) Kaunter Pembayaran (Tunai Sahaja)
  • Pos Malaysia
  • Bank Simpanan Nasional
  • AmBank

5) Kaunter Pembayaran (Cek & Tunai)
  • Public Bank & Finance
  • Maybank & Mayban Finance
  • Bank Islam
  • EON Bank
  • Pejabat Unit Indah Water

6) Mesin Juruwang Automatik (ATM)
  • Public Bank & Finance
  • AmBank
  • RHB Bank

7) Perbankan Telefon
  • Maybank & Mayban Finance (Kawanku Tel: 1-300-88-6688)
  • Public Bank & Finance (Tel: 03-2163 9000)
  • MBf "Call n' Pay" (Tel: 03-2167 7600)

8) Pemindahan Dana Secara Elektronik
Pembayaran melalui akaun Maybank (Ampang Park) : No. akaun - 514057242404

9) Nombor Akaun AmBank untuk IWK
AmBank Pusat Bandar Damansara - 2292022000083

Bagi menggalakkan korang membayar bil, pihak IWK kini menawarkan PROMOSI terbaik!! 
Bagi korang yang membayar Bil IWK secara online, ini mungkin peluang cerah untuk korang memenangi BEG GALAS KOMPUTER bernilai RM150!!! Dan untuk pembayar 100 terawal bermual 11 Januari hingga 31 Januari 2016, korang akan memenangi Kad Touch and Go Limited Edition bernilai RM10.00. Memang best promosi dorang kali ni!! Numi pun tak lepas tau dari join kempen ini. Jadi korang kene cepat2 bayar bil IWK korang yer!!


Numi harap, kita sama-sama jadikan alam kitar kita sentiasa bersih dan tiada pencemaran sungai berlaku. Numi sangat bersyukur dengan adanya IWK ini, membantu kita memperolehi kehidupan yang lebih selesa dan sempurna. Nak ajak suami memancing pun rasa lebih konfiden dah. :)  


Hargailah alam sekitar, dan jangan lupa bayar bil IWK yer. 

Untuk maklumat lanjut tentang IWK, boleh layari : 
Website: www.iwk.com.my
Twitter: @iwkcomms

Salam,


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe