[PRODUCT REVIEW] : b.liv Pores be Clean! by Hermo Malaysia

2:51 PTG

Bismillah
Assalamua’alaikum semua..

Rasanya semua ada masalah White Head dan Black Heads kan…?! Tak kira lah lelaki atau perempuan. Even my flawless hubby pun (sebab dia selalu claim muka dia lagi flawless dari I, hehehe) dan untuk jalan penyelesaain dia, di letaknya cecair hitam pekat (numi tak nak sebut any brand di sini) di seluruh muka.

Tak ramai yang peka tentang keburukkan menggunakan mask pelekat dekat wajah tu, walaupun jelas dengan nyata segala black and white heads korang akan tanggal, tetapi jika di gunakan selalu wajah korang akan berkemungkinan besar akan menjadi lendut!

The worst case, wajah akan kelihatan banyak sangat Kedutan /Wrinkles!!!
b.liv Pores be clean
Mesti korang takut kan, even Numi sendiri pun takut. Jadi untuk menyelesaikan masalah black and white heads ini, Numi sekarang pakai B.livPores Be Clean! Daripada Hermo Malaysia.
Di dalam satu kotak ini, terdapat 3 jenis produk B.liv yang sangat awesome..!! Ini bukan kali pertama ye Numi pakai produk B.liv ini, dan kalau bukan kali pertama, memang lah kan produk ini sangat3 baik. 


Lepas ni Numi akan explain dekat korang ape 3 produk yang awesome tu dan cara-cara penggunaannya, selain itu apa fungsi setiap produk.

1. off with those heads-blackheads sebum gel. (30ml)


Fungsi utama: menghilangkan black & white heads!
Bagaimana: Cecair sebum akan mencairkan black and white heads yang tersumbat di dalam liang roma. Selepas itu, semua kotoran yang tersumbat itu akan hilang selepas beberapa kali aplikasi. Hidung serta area black and white heads akan bebas daripada kotoran dan akan mengurangkan masalah jerawat jugak!

cecair pekat transparent.
Cara penggunaan :Pamkan sedikit cairan sebum di jari, applykan di sekitar kawasan wajah yang bermasalah. Gunakan 3-4 kali seminggu.

applykan apa T-zon muka

2.deep impact-deep pores massage & cleaning emulsion. (50ml)


Fungsi utama : pembersihan secara mendalam dan mebersihkan liang roma wajah.


Bagaimana: Deep Impact ini adalah pencuci muka yang mengandungi bijian scrub! Numi tahu, korang memang suka sangat bila sebut pasal skrub ni kan. Selain daripada fungsi utamanya sebagai deep cleansing, ia juga bagus untuk membersihkan pores daripada kotoran-kotoran tadi. Now, korang akan rasa wajah semakin bersih dan bebas black and white heads.

Krim pencuci muka,pekat dan mengandungi bijian scrub

Cara penggunaan: Picitkan sedikit deep Impact di tapak tangan, dan applykan di serata wajah. Pastikan tangan korang lembut untuk buat massage di sekitar kawasan bermasalah ni yer. Akhir sekali, bilas wajah dengan air.


3. absolute matte-clarifying mask with active charcoal mask sheet (28ml x 2 ps)


Fungsi utama : mengawal minyak + Clarifying + Hydrating
Bagaimana: Ini merupakan mask muka yang paling HEBAT Numi pernah pakai! Fungsi utamanya adalah untuk menyerap minyak, melembapkan dan menyedut kotoran pada liang roma di wajah. Bahan aktif utama untuk pembuatan mask ini adalah arang yang merupakan MAGNET untuk menarik segala kotorang yang sumbat pada liang roma wajah.


Cara penggunaan : Koyakkan plastic Absolute Matte Mask tu, alihkan plastic di belakang mask dan letakkan mask di wajah mengikit posisi yang telah di tetapkan. Yang bestnya, Mask ini sangat besar dan boleh muat wajah Numi yang bambam ni… hehehe. Tunggu sehingga mask kering atau 15 minit.  Selepas itu, urut wajah selama 30 saat dan biarkan lagi selama 30 saat untuk memastikan cairan pada wajah itu serap masuk kedalam wajah.

Review :
Zoom in wajah selepas 3 hari menggunakan b.liv Pores be clean.
pori-pori mengecil dan black &white heads hilang
Selepas beberapa kali mencubanya, dan ini merupakan 2 time Numi pakai, memang Numi tak pernah rmenyesal! Why?! Sebab produk b.liv ni memang best. Numi punya black & white heads memang dah berkurang since Numi pakai ini untuk kali pertama lagi. Tambahan pula, dengan adanya Deep Impact tu, jerawat memang dah berkurang sangat!! About the packaging pulak, I’m Okey with it.. Senang dan ringkas. Harga? Berpatutan.

Rating ?
5 bintang!!!

Dimana nak beli B.liv Pores be clean! Korang boleh beli di website Hermo Malaysia. Kalau tak silap sekarang website Hermo Malaysia ada promosi untuk produk ini. Korang kene check it out yah!

NP : RM241.80
Promotion: RM155.66

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh lawati:

Ini sahaja dari Numi, terima kasih kerana sudi baca. Rajin-rajinlah tinggalkan komen korang yer.
Love,
post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. matte mask ??? first time tengok. macam best sesangat... mesti cari lepas ni. nak jadi flawless macam Numi :)

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe