[FOOD REVIEW] : Ais Krim Freshy Freeze. Memang Terbaik..!

6:51 PTG

Bismillah
Assalamua’alaikum u olls…

Orang kata kalau orang perempuan stress, dia akan makanan manis-manis. Fakta itu memang betul sangat! Jadi, untuk itu, Numi nak rekemen dekat korang semua satu kedai ais krim yang baru sahaja mendapat tempat di Malaysia. Pernah dengar tak kecai aiskrim Freshy Freeze? Kalau tak, jom baca pengalaman Numi dan kawan-kawan makan aiskrim di situ…

Sedikit info tentang Freshy Freeze, jenama aiskrim ini berasal daripada Thailand, dan sangat famesssss di sana. Orang Thai kebanyakkan dah mula menggemarkan aiskrim goreng Freshy Freeze daripada aiskrim scoop tu. Ye lah kan, siapa tak suka..? Numi yang first time makan pun dah mula jatuh cinta dengan aiskrim goreng tu. Kebanyakkan outlet Freshy Freeze ni akan berada di terminal kereta api terbesar di Bandar-bandar Thailand dan sekarang mendapat tempat di Nu Sentral, Kuala Lumpur.
Bagi yang tak pernah tengok bagaimana cara pembuatan aiskrim goreng Freshy Freeze, korang boleh datang dan lihat sendiri bagaimana cara pembuatan nya okey.. Numi sempat tanya dekat branch manager tu, bagaimana caranya mereka menggoreng aiskrim tu kan. Yelahh,, daripada krimmer, boleh jadi aiskrim keras dan padat,.. 
cara pembuatan aiskrim goreng. Bukan senang okey, kena ada skill baru boleh dapat aiskrim yang sedap.. 
Numi tanye, dorang guna Nitrogen gas ke untuk bekukan....? Tapi tidak rupanya..
 Plate untuk menguli aiskrim tu, sentiasa sejuk sehingga mencecah -10degree celcius. No wonder lah kan, letak jer krimmer pekat tu atas plate, terus boleh beku.. tapi untuk Smoothkan aiskrim tu, kenelah uli macam kita buat roti canai tu.. hehehhe

Numi pun sempat menguli aiskrim.. korang pun boleh cuba nanti.. !
Bila dah rasa aiskrim cukup keras dan serata dengan isi-isinya, barulah boleh diletak atas pinggan dan di hias pulak. Numi pun sempat try tau menguli aiskrim tu.hehe.. Bukan senang okey, kene cepat belek-belek aiskrim tu, kalau tak, dia akan beku  dan aiskrim tak smooth.

Okey, enough about cooking, we go to the fun part~ Makan TIME!!!

Banyak jugak aiskrim yang kami cuba haritu, antaranya: 

Strawberry Cheese, Chocolate with choco chip, Chocolate strawberry, dan vanilla cinnamon with banana (hot selling).
Strawberry cheese aiskrim. Sedap sehingga menjilat pinggan. Korang yang suka strawberry, boleht try ini, most rekomended!!. Yang segi empat tu bukan cheese tulen eh. itu adalah sponge kek cheese. Cheese ketui-ketui tu ada dalam aiskrim tu. sekali calit, aiskrim dan cheese meleleh dalam mulut. 

Choclat aiskrim with choco cip. Ini teramat manis dan sesuai bagi yang xda mood. Boleh terangkat terus mood korang lepas makan aiskrim ni. 
Chocolate with strawberry. Gabungai aiskrim chocolate dengan buah strawberry masam-masam manis. sedap!
The most voted aiskrim! Vanilla aiskrim with cinnamon and banana. Tak manis sangat, secukup rasa. whip cream tu memang menambah lemak di perut, dengan aiskrim vanilla yang lembut lagi sedap. base aiskrim vanilla tu adalah pisang. makan ppun kenyang okey.. heheh
Rugi kalau tak cuba ini!
Semua nampak sedap yer. memang terbaik dari ladang dan amat berpatutan dengan harga yang di tawarkan. sebelum masuk tengok wayang tu, boleh lah sweet2 dengan BF /GF korang dekat Freshy Freeze ni. confirm lentok lah.. hehehe
Jadi untuk korang nak try sendiri aiskrim Freshy Freeze ini, bolehlah ke Nu Sentral tingkat 5. Betul-betul sebelah GSC. 
Masa operasi : 10 pagi-10 malam.

Untuk lebih lanjut, sila layari:


Terima kasih kerana sudi baca, 

Love, 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe