[EVENT]: Sunway Putra Mall Fullfills Children's WisheS

10:46 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua!

Baru-baru ini, Numi telah dijemput oleh Seeties untuk meraikan majlis Sunway Putra Mall Fullfills Children's Wishes. Majlis ini bagi meraikan kanak-kanak yatim piatu dengan hadiah dan sumbangan yang telah di kumpulkan buat mereka. 

Ini merupakan antara kempen yang di jalankan  oleh Yayasan Chow Kit bagi merealisasikan impian kanak-kanak ini dengan memberi hadiah kepada mereka. Untung adik-adik ini, dapat basikal dan banyak lagi hadiah hasil daripada sumbangan pelbagai pihak. 
Dengan ketibaan tahun baru 2016, Sunway Putra Mall telah mengadakan CSR kempen, iaitu kempen untuk memberi kembali apa yang di perolehi sepanjang tahun ini kepada komuniti. Dengan adanya YCK di Sunway Putra Mall, perkara yang paling baik untuk di lakukan adalah untuk meraikan kanak-kanak istimewa dengan pelbagai program yang menarik di samping menjadikan mereka kanak-kanak yang sentiasa maju di hadapan. Kanak-kanak yatim piatu mungkin berasa diri mereka di pinggirkan, oleh itu dengan adanya YCK ini, memberi sirnar baru dalam kehidupan mereka. 

Seramai 35 kanak-kanak bertuah telah dipilih untuk diraikan dan berumur antara 7 sehingga 12 tahun. Mereka di pilih berdasarkan latarbelakang kehidupan mereka dan apa impian yang mereka ingin capai. Ramai dalam kalangan mereka inginkan set legoland, tapi tak kurang juga yang mengimpikan perkakas sekolah bagi meringankan beban keluarga. 

Bagi memeriahkan majlis, upacara pemberian hadiah telah disampaikan oelh 60 jelitawan Miss Tourism Queen yang merupakan jelitawan wakil setiap negara. Melihat aksi mereka membuatkan kanak-kanak yang diraikan sangat teruja. heheh. Ye lah kan, dapat hadiah dariada kakak cantik. Untung adik-adik ni. 

Selepas menyerahan hadiah, mereka di raikan pula di TGV, dengan menonton wayang. Cerita yang di tayangkan adalah The Peanut Movie. Para media turut di undang bersama menyaksikan cerita Peanut. Thank you TGV Cinema, untuk sponsor movie The Peanut Movie.
Numi taak sempat ambik gambar, sebab gelap. hahah

Acara yang terakhir sekali adalah makan malam di Al Amar Lebanese Cuisine Restaurant. Nama je pun dah tahu masakan apa yang bakal di hidangkan. Kebanyakkan makanan adalah roti dan nasi briyani. Memang sedap! tapi bagi adik-adik tu, mungkin agak ralat bagi mereka makan makanan arabic. Kalau dapat KFC lagi seronok kan! :)

Antara makanan yang di hidangkan untuk kami : 

Nasi Briyani kambing
Nasi Briyani Ayam
Roti nan dan prata.
Pencecah roti nan dan prata (tak ingat nama nya ni ) heheh

Ape-ape pun, sepanjang majlis tersebut, yang paling utama adalah senyuman daripada adik-adik yang di raikan. Numi berharap semoga banyak lagi pihak yang akan melakukan aktiviti seperti ini dimasa akan datang. 


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe