Mimpi di Sahkan Hamil

11:26 PG

Bismillah

Assalamua’laikum.
 Numi doakan semua kawan-kawan numi sihat selalu dan bahagia hendaknya. Hari Jumaat yang barakah ni numi ada benda nak share kan dekat korang.. 

Pagi tadi kan, sekitar 3-5 pagi tu numi dapat satu mimpi yang sungguh aneh.Numi bermimpi yang numi di sahkan hamil. Dalam mimpi tu, numi dengan hubby macam dalam perjalanan ke rumah sanak saudara dia di kampong, Johor. Itu adalah antara perkara yang numi tak sempat buat dengan hubby last month, sebab busy sangat.

Ok meh sambung cerita,,,,

Memang sepanjang perjalanan tu numi asyik nak muntah-muntah (morning sickness) dan pening-pening kepala. Hubby dah mula risau dah, lepas tu kiteorang berhenti kat satu tempat untuk buat ujian air kencing. Yang peliknya dalam mimpi tu, masa numi lepas kencing, hubby terus datang berlari dekat numi dan dia jerit. “sayang POSITIF!”

WHAT??? Syukur lah, sebab kami pun memang nak baby cepat atau lambat. Dan itu adalah rezeki yang Allah nak bagi kan. Lepas tu kami pun beredar dari tempat tu dan....

...
...
...

Jam pun berbunyik!!!!!!!!!!!!!
Baru pukul 5 pagi. Bangun jam 6 lah. Ngantuk lagi lepas buat ayam goreng berempah punya hal sampai midnight.. huh

Lepas tu, bangun-bangun. Jam dah 7.11 pagi..
Ambik engkau.. terus numi mandi dan solat Subuh.

Sampai je ofis terus gigih mencari maksud di sebalik mimpi tu, dah kalau mengikut tafsiran mimpi, perempuan yang bermimpi di sahkan mengandung ni akan mendapat segala yang dia hajati!!

Wah..Syukur, semoga segala impian numi dan apa yang numi hajati akan tercapai. Amiin..

Ok.. Itu jer nak share pagi ni.



Asslamua’laikum

You Might Also Like

5 Orang Positif

  1. yuyu pun selalu mimpi pasal anak dulu, sekarang dah takde mimpi pasal anak dah :) .. mungkin numi selalu pikir kot sapai tebawa dalam mimpi ..ngeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak yuyu. numi tak fikir pun benda tu, tapi mungkin jugak kan, Tuhan nak bg rezeki dan makbulkan impian numi. :)

      Padam
  2. assalamualaikum...

    p/s boleh check emel x?

    BalasPadam
  3. salam kak diana. :)

    ni sebab baru kawin lah kot ada mimpi macam tu. hehehe. harap2 betul lah kan, mimpi dpt hamil. hehe, tak sabar nak bgi mama cucu!

    BTW,.

    tq sbb bg email numi dkt anies. dia da email.

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe