Dominos: Mengubati Kekecewaan
12:38 PTGBismillah
Assalamua'laikum you allszz.. Ni numi nak cerita sikit pasal semalam punya hal. Semalam kan hubby amek numi lewat kat ofis , around 7 pm gitu baru kiteorang gerak balik dari Bangi. Perut aku memang dah sangat lapar masa tu sebab tak makan masa lunch. Lunch tu numi just makan biskut makmur dan biskut sikit lah. Sambil tu minum air lemenet (gas), aiskrim soda yang sejuk lagi sodap itu~!! heheheh.
Bila dah petang tu hubby cakap nak makan apa, memandangkan dia dapat rezeki sikit, boleh lah nak belanjakan si isteri dia ni makan. So what did i craving for... is Domino Pizza!!!! heheheh.. demand kau... mentang-mentang laki nak belanja. Bukan apa, tekak ni rasa nak makan pizza je lately ni.
Tapi before tu, kena teman hubby dulu pergi gunting rambut dia ni. Dia kata dah serabai panjang. But, i see lah kan tak de pun panjang mana. Just tinggi lah sikit. heheh, kalau buat gaya up-stand memang boleh terpacak tinggi lah rambut laki aku ni. hikhik...
Jadi numi pun meneman encik suami ke kedai gunting rambut dia. Dan itulah tempat favourite dia sebelum masa kami kenal dulu. Kedai gunting rambut Setiawangsa. Bawah ofis lamanya dulu. Katanya, kat sini memang heaven. Nak cari McD , KFC, Bank, Pizza, Masjid, Lrt, Kedai mamak, gunting rambut.. semuanya senang. Dekat aje, compare to ofis dia Damansara memang sangat jauhlah. Tapi tak pe lah itu dia punya hal..
Selepas gunting rambut baru kiteorang menapak ke Domino Melawati. Masa order tu memang tak ramai orang, numi kena tunggu 15 minit untuk dapatkan pizza. Yang numi order ialah chicken paperoni cheesy double decker. eh, betul ke apa yang aku type tu.
source from :order.dominos.com |
Masa 15 minit menunggu tu numi pergilah menjengah ke Guardian. Showel cream dekat rumah tu dah habis jadi numi decide untuk beli Shokobutsu shower cream untuk mandi nanti. Hubby biasanya guna Dettol of Lifebouy untuk mandi. Kami tak guna shower cream yang sama ok. hihi... Bukan bermaksud tak serasi, tetapi numi lebih suka bau-bauan yang macam baby macam Baby Johnson shower cream atau Shokubutsu.
Selain itu numi beli Folic Acid Tablet ini adalah untuk persediaan untuk pregnant. Hehehee, jangan salah anggap ok, numi belum lagi pregnant, just nak preparation siap-siap. heheheh.. itu pun Deknor yang sarankan, lagipunkan kat KL ni kami jarang dapat makan sayur-sayuran so makanan tambahan boleh lah di consume mulai sekarang.
Harga Shokubutsu RM7.80 + Acid Folic pil 400mg 30 tablets RM24.90 = RM32.70..
Then numi patah balik ke Domino. Ingatkan dah siap Pizza aku rupanya belu lagi.. Dah puas numi jejalan dalam Guardian tau. tak pe, masih boleh sabar lagi.. 5 minit lepas tu siap pun pizza numi dan dengan happynya jalan keluar menuju ke kerata kiteorang.
Hubby sempat bagi makan kucing jalanan dengan ayam masak percik yang dia beli dekat Ayamas tu. Hubby memang jenis yang sayangkan kucing lagi-lagi kucing jalanan yang kelaparan. Sebab tu lah dia amek Coco dan Milo dulu untuk tinggal bersamanya dulu.
Dalam kerata hubby tegur yang dekat depan tu ada pelakon.. ahhhhhh! numi lupa namanya.. huhu, Sorry ok. tapi dia memang pelakon lah yang selalu berlakon jadi bapak2 atau Dato-dato. heheh..
aku pulak tak pedulikan pelakon tu, terus membaham pizza yang tengah panas tu. Sebab dah lapar sangat kan.. the first bite dah tau dah. Itu bukan Chicken pepporoni.. :((((
memang frust!!!!!!!!!!! Hubby masa tu terus patah balik ke Domino untuk pulangkan pizza tu dan ganti dengan pizza yang numi nak tu. masa tu dah hangin dah satu badan. boleh pulak dorang bagi pizza lain. huhuu.. so kami kena tunggu lagi 15 minit untuk 2nd pizza. huhu.. Dorang (pekerja) dah takut dah bila tengok muka kami yang dah macam singa tu. memang saje buat macam tu biar dorang rasa bagaimana rasanya menunggu.
Dan bila dah nak siap pulak 2nd pizza tu, boleh pulak pizza tu terlekat kat dalam oven~!!!!!!! OMG.. memang sakit gila hati aku masa tu.. huhuu, Tuhan je yang tahu. tapi apa2 pun kami sabar jugak demi mendapatkan pizza aku tu.. dekat nak setengah jam jugak lah untuk tunggu Pizza numi tu.
Dan last sekali Manager tu datang bagi kami 2 pizza lebih dan 2 kupon personal pizza redemption. Aku rasa memang taubat lah nak datang beli pizza di situ lagi, better pergi ke Domino Shah Alam, lagi syok!
Yang best nya numi dapat extra pizza yang sama bernilai RM30 for free!!
Dan dengan ini, numi berbaik hati untuk memberikan 2 voucher redemption tu kepada readers numi.. Kalau nak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan 2 voucher tu, sila tunggguuuuu.... Bersambung....
Assalamua'laikumm
0 Orang Positif