Result di luar jangkaan. Alhamdulillah...

10:01 PG

Bismillah

Assalamua'laikum

Harini semua student degree UiTM akan menerima result peperiksaan mereka masing-masing. kalau dulu masa masih single, hari ini memang di nantikan. memang kira menghitung hari lah kan, tapi sekarang Numi tak berapa nak excited sangat dengan result kali ini. huhuh.. entah lah, numi rasa macam result sem ni akan menurun. huhuh. :( itu jangkaan numi lah

tapi, bila pagi tadi bukak email dan numi boleh katakan yang sem ni result numi menaik!!!!!!!!!!!
syukur ya Allah. memang sesuatu di luar jangkaan numi. memang betul lah kan, selepas berkahwin banyak rezeki yang Allah bagikan kepada kita yang kita sendiri tak nampak. memang sangat happy dan bersemangat balik. hehehhe

jadi pagi ni memang aku akan senyum aje lah kan. heheheh, Syukur Ya Allah kerana masih lagi bagi peluang kepadaku untuk belajar dan disamping menjadi seorang isteri. Numi sentiasa bersyukur dengan apa yang kami ada sekarang. walaupun banyak lagi yang kurangnya. memang itu lumrah kehidupan dalam perkahwinan..

dan tak lupa juga kepada semua adik-adik yang dapat masuk degree. kalau tak silap result keluar dah kan.. Tahniah~! akak mengalu-alukan kedatangan korang di UiTM  Shah Alam. nanti kalau dah jumpa di tepi-tepi jalan tu jangan malu dan segan untuk tegur kite yer.
heheh

Assalam..


You Might Also Like

5 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe