Lunch at Wong Solo, With Kak Yus
5:01 PTG
Bismilillah
Assalamua’laikum readers semua..
Tengahri yang sangat indah ini bertambah lagi indah bila Kak
Yus ajak numi makan sekali bersama nya di Wong Solo. Dulu pun numi memang
pernah makan di sini beberapa kali dengan kawan-kawan. Dan yang bestnya kalini
kak Yus belanja kite makan.. Syukur Alhamdulillah.. :D
Kedaan dah lenggang dah bila kami datang tadi. :) |
As usual, kebanyakkan orang akan memilih ayam penyet yang
mereka sediakan set dengan air, tapi bagi numi tengahri ni rasa nak makan ayam
panggang. Semalam dok tengok hubby makan ayam penggang jer sampai terliur lidah
ni.
selfie kejap! nak tunjuk muka numi sikit. hihi.. |
Ayam panggang yang sangat sodap! licin ok aku makan, walaupun pedas hingga boleh menitiskan air mata namun ku telan jua~ heheh |
Wong solo dengan ofis kami dekat jew.. tak jauh, tapi untuk
ke sini dengan berjalan kaki pada tengahhari ni menang tak lah kan. Fewww. Boleh
basah ketiak kalau jalan kaki ke sana. Jarak mungkin dalam 150 meter jer. Tapi
biasalah perempuan, jalan lenggang dengan kasutnya. Haihh~!
Kami order air jus semangka dan air bandung soda carbonet. Nama
air tu soda gembira kalau tak silap. Kalau silap tolong betulkan yer.. heheh.. J
Pengalaman makan di situ, rasanya orang KL kalau tak pergi
kedai tu memang tak sah. Sebab tu lah kedai tu asyik penuh jer. Kami kena
keluar lewat untuk ke sana, sebab kalau pergi time lunch hour menang tak kan ada
seat yang available untuk pelanggan yang lewat.
bilaa dah kenyang, macam tu lah ropa dia. hehehe.. tersengih2.. sempat tapau lagi tau air semangka. punyalah manis, orang yang kencing manis memang boleh naik kandungan gula dalm darah dia.. ! hrrrr |
Usai makan borak sikit-sikit tentang perfume, handbags, beranak dan etc. (biasalah itu memang cerita seorang yang baru kawin dengan orang yang dah ada experience, heheh)
Lepastu kami balik ke ofis dengan gembiranya. heheh, orang belanjakan mesti happy.. Terima kasih kak Yus, numi doakan kak Yus sentiasa bahagia dan di murahkan rezeki. :)
Lain hari belanja lagi..
Esok hari Jumaat adalah hari berkabung bagi rakyat Malaysia. Jadi pakaian rasmi esok hari adalah hitam. (wajib pakai!) kalau nak tahu numi pakai baju jenis apa esok, tunggukan update numi esok yer.. korang pun kena guna baju hitam jugak~!!!! kalau tak, jangan keluar rumah.. hehe..
Jumpa esok.. Assalamua'laikum
0 Orang Positif