Karangan Untuk PM
12:03 PTGBismillah
Assalamua'laikum...
Harini numi memulakan penulisan surat tidak rasmi kepada PM untuk menyertai salah sebuah pertandingan menulis surat 1Malaysia. numi dah kumpul semua isi-isi kandungan yang perlu ada untuk di olah menjadi ayat-ayat karangan. cuma sekarang masalah nya adalah skill menulis yang telah lama numi tinggalkan. kalau masa form 5 dulu memang boleh menulis karangan panjang berjela-jela. Dengan adanya bantuan dari guru BM numi yang sangat power. heheheh..
Baiklah, untuk kali ini numi memilih tajuk 'Kenapa Malaysia menjadi tarikkan pelancong asing'..
senang bukan? jadi antara sebab kenapa Malaysia menjadi tarikkan pelancong asing adalah kerana keunikkan yang terdapat di malaysia ini. Sebagai contoh; cuaca, makanan, tempat-tempat menarik, gunung ganang, laut, pantai, gua nya sukan yang terdapat di Malaysia dan banyak lagi lah.Disamping itu, malaysia kaya dengan pelbagai spesies flowra dan fauna.
Perasan tak, setiap kali satu drama habis di kaca tv kita akan ada satu iklan Biodiversiti yang terdapat di Malaysia. memang menyampah tengok iklan tu, setiap chanel pulak ada. haisehh~!
Tetapi itulah sebenarnya keunikkan yang terdapat di Malaysia. yang negara lain tak da. untung kan jadi rakyat Malaysia. heheh. oleh sebab itu, akan ku gagahkan jari jemariku untuk menagrang sebuah karangan / surat kepada PM kita. harap-harap lah boleh menang. mana tahu ini merupakan rezeki perkahwinan kami.. Amiiinnn...
untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai, masih tidak terlewat lagi, numi tahu ada ramai dalam kalangan kawan-kawan numi ni ada skill mengarang karangan yang Power! heheheh.. jum2.. sertai..
Selamat mencuba~!
2 Orang Positif
wahh! backgroundd dh tuka..lawa2...
BalasPadamhehhe, thanks Nuora.. baru nak tukar. dah pening tengok pink sangat.
BalasPadam