Husband and wife's Tag: Dugaan pengantin Baru
12:23 PTG
Bismillah
Assalamualaikum
Harini nak share about husband and wife. Memandangkan ramai
kawan-kawan numi nak kawin yer. Dan ramai jugak yang dah kawin. Meh numi share
sikit pengalaman di awal perkahwinan.
Semua orang excited nak kawin, betul tak? Termasuk jugak
numi. Kalau boleh tu nak yang paling grand!!!!! Huhu.. itu lah impian ramai
orang. Tapi kita masih lagi berpijak di bumi yang nyata okey... tengok bakal
lagi nak bagi hantaran berapa. Itu lah baget korang. Kalau ada yang parents
kaya boleh mintak sponser kawin hewhew.. senang hidup...!
Masa preparation nak kawin dulu semua benda nak buat sendiri
kalau termampu. Macam kami dulu, kami buat sendiri kad kawin, bermula dari
design, cetak, potong, menekan dan mengengam rama-rama itu sendiri. Tapi kena
ingat, masa yang kami luangkan memang banyak untuk menyediakan kad tersebut.
Hantaran pulak? Nak yang mahal-mahal, branded semuanya. Tapi
itu kehendak masing-masing lah kan, kalau bakal laki korang mampu boleh ajer.
Jangan nanti bila dah nikah, makan magi.huhuhu..
Sentiasa di ingat, persiapan perkahwinan dan masa majlis
berkahwin tu sekejap aje. Tak sampai pun sehari, dah selesai majlis kawin nya. Tapi
masa tu lah memakan belanja puluhan ribu. Huhuh. Memang membazir! Walaupun orang
kata kawin tu sekali, tapi bersederhana adalah yang paling utama.
Jangan terlalu mengikut orang dan mendengar apa orang kata. Selalunya
orang tua lah ni, nak sangat kawin grand2, lastnya anak-anak yang merana.
Tapikan kebanyakkan nya orang macam nil ah, bila ada orang
kawin buat simple pun di ejeknya buat grand pun di tomah jugak. Haiii, mulut
manusia. Bilakan nak diam kan. Nak saja aku tutup tudung tempayan aje!
Jadi untuk pengantin baru, termasuklah numi sendiri, kena
banyak-banyakkan bersabar. Sentiasa bersangka baik di setiap dugaan yang bakal
dihadapi. Kalau nak menangis pun, pergi kat tempat yang sunyi, (jangan sampai
hubby tgk) biar dia tetap kuat untuk hadapi semua cabaran dalam berumah tangga
ini bersama dengan kita.
antara cabaran yang bakal ditempuhi adalah; wang, tempat tinggal, perangai laki bini, jelousy, masakan dan banyak lagi lah..
Numi memang yakin yang setiap kesusahan itu pasti ada pengakhirannya
dan menemui kebahagiaan. Kita Cuma perlu tunggu,berusaha dan doa.
Kepada bakal pengantin tu, pastikan wang untuk kegunaan
selepas berkahwin cukup untuk menampung kehidupan kalian laki bini untuk 2
bulan. At least!!! Ok...
Numi doakan korang Berjaya dan majlis berjalan dengan jayanya. Tahniah
kepad Shiela, Kak Adibah dan Ekin..
Can't wait to see their wedding attire soon.. !
Assalamua'laikum
credits to Google for the lovely pictures.
6 Orang Positif
semoga menjadi isteri yang solehah taat pada suami, insya allah. Visit and follow me
BalasPadamwww.mamamyja.com
Mama Myja: tq mama myja, Insya Allah, numi doakan ynag terbaik jugak utk kawan2..
Padambetul semua org nak kawen..termasuk lah saya!!btw last week first time dpt jd bridesmaid..itupun da sangat teruja..hahahaah
BalasPadamhaah, dah tgk post nina pasal bridesmaid.. :) best kan jadi pengapit. Aura kawin meresap.. whaahahhaha
PadamStuju dgn numi...bsderhana tu lebih patut...yg penting adlh kehidupan after kahwin...masa tu la dugaan dtg btalu2..tmbhan kalau ada mslh kewangan...lg semarak api pgaduhan...
BalasPadamYg ni harus dititikberatkan...
heheh. org yg dah kawin tahu lah kan.. :) ain pun dh kawin kan?
Padam