Beraya di kampung Segamat bersama Hubby
12:10 PTGBismillah
Assalamua'laikum
Pagi ni numi dan hubby dah selamat sampai kat KL, walaupun lewat masuk ofis, kerana kesesakan jalan raya yang memang tak kan dapat di elakkan. huhuhu.. Kami bergerak balik ke Segamat pada hari Sabtu lepas, ni kiranya nak balik kampung beraya lah.. heheh, memang raya sakan lah kat kampung. pada jam 2 lebih numi and hubby dah mula gerak ke Putrajaya untuk pergi ke rumah terbuka abg Usop, office mate hubby. dari jam 2 kami gerak, jam 5 petang baru sampai kat Putrajaya. sedangkan dari Damansara ke Putrajaya tak delah jauh sangat pun.. yer ker tak jauh???
takper2.. ni semuapenangan Open house lah ni. kalau ikut kata encik Hubby, di KL budaya open house memang sangat digemari oleh orang2 di KL. makin nak habis syawal,makin tu lah rancaknya open house..
numi ni bukan nya tahu sangat pun, tapi bila numi toleh kiri dan kanan, kebanyakkkan nya orang perempuan memakain baju kurung dan makeup tebal.. memang sah lah kan pergi open house~! termasuk lah aku~~ hehehe..
di rumah abg usop, banyak juadah yang di hidangkan, hubby memang tak kan lepaskan ayam masak merah dan nasi briyani. sampai aku pun turut merasa kepedasan ayam masak merah abg usop.. baby kata, abg usop yang masak semua lauk ni, sebab wifenya tak expert masak lauk banyak-banyak. hubby siap mintak resipi lagi untuk ayam masak merah~ hihi, nak masak untuk numi lah tu.. heheh...
jam 7 malam baru kami start gerak balik kampung. beraya di kampung memang sangat lain daripada beraya di KL or di Kuching. suasana nya memang tenang, jiran2 semua nya baik2 belaka. yang bestnya dorang tu asyik ketawa ajer. semalam mak ajak numi pergi marhaban kat setiap rumah di kampung. ini first time ye, num bermarhaban~! heheh. setiap rumah tu akan menjamu makan setiap orang yang ikut marhaban. kalau sehari pergi ke lima buah rumah, 5 kali lah dorang ni dihidang makanana. patut jugak semuanya sihat-sihat belaka..
tidur di kampung pun best, tak payah pakai aircond2 bagai, dah sejuk semula jadi.. heheh.. itu yang hubby suka tu.. sejukk....
dan kami gerak balik ke KL pagi subuh tadi, usai solat subuh terus kami gerak balik ke KL... next trip In Sya Allah ke Genting Highlands.. untuk official Honeymoon.. In Sya Allah. doa-doakan yer..
Jangan lupa click kat tepi tu untuk bagi sedekah kat kiteorang.
setiap click akan menjana RM0.15.. terima kasih..
0 Orang Positif