Accident depan mata!
2:48 PTG
Bismillah
Assalamua’laikum
Semalam masa balik dari kerja, kami memang akan melalui
lebuhraya MRR2 untuk balik ke Damansara. Jalan semalam memang sangat jem. Pagi nak
turun ke ofis pun jem, petang pun sama.
Punca jem pada belah pagi adalah hujan. Bila hujan ramai
dalam kalangan orang akan menggunakan kereta, daripada motor. Hujan pun memang
sepanjang malam, Syukur...
Tambahan pula, accident juga merupakan punca berlakunya jem
teruk kat KL. Fuh! Kaki laki aku sampai cremp... sian dia.. L
Ini nak di jadikan cerita, masa kami melalui jalan MRR2, ada
sebuah motosikal ni boleh2 pulak mencium bontot lori..Depan-depan kereta
kiteorang pulak tu. Nasiblah viva dan kereta kiteorang tak drive laju
kan.huhuh.. kalau tak memang mati lah.
Accident tu berlaku di lane kanan pulak tu (lane laju). Kalau
ikut pemerhatian numi, dorang ni masih berlesen L. Kalau di report ke polis,
sia2 lesen tu. Huhuh..
Memang banyak lah accident berlaku semalam. Masa nak pergi
kerja semalam pun ada accident yang melibatkan 3-4 buah kereta. Haduiii...
Bila bercerita
tentang kemalangan ni kan, kita kena tahu punca berlakunya
kemalangan-kemalangan ini. Supaya nanti kita boleh elakkan.
Punca berlaku kemalangan:
- Mengantuk. Kurang rehat boleh menyebabkan seseorang itu mengantuk, atau terlalu kenyang. Boleh jadi juga di sebabkan ubat-ubatan yang mereka ambil. Contoh pil selsema dan ubat batuk.
- Leka dengan telefon. Kebanyakkan terjadi accident disebabkan leka dengan hp untuk menjawab fon/reply mesej/main game semasa jem. Bawak bersabar lah ye driver2 sekalina. Kalau dah sampai ke destinasi nanti pun boleh tgk sms.
- Pandu terlalu laju. Ini jugak kebiasaan orang2 kita buat. Macam rumah tu ada kaki nak lari yer. Nak drive laju2. Huh.. last2 keparit jugak akhirnya.
- Suka mencelah. Ini motor selalu buat. Dorang kalau nak mencelah pun pandang lah belakang tu. Kiri kanan. Kalau dah clear, baru lah boleh mencelah, pastikan bagi signal dulu yer bang. Yang masih L tu, paham-paham lah. Junior kat atas jalan raya. Pandu pun macam junior lah. Jangan berlagak macam samseng jalanan pulak!
ok, sekian perkongsian numi. kepada pemandu - pemandu sekalian, hati-hati ye drive tu. Jangan jadikan sms anda merupakan sms terakhir. ingat orang tersayang. Drive safe..
Assalamua'laikum
0 Orang Positif