Azam baru 2014

9:19 PTG

Bismillah
Assalamua’laikum
Paper ke tiga petang tadi, memang mencabar minda. Dengan soalan entah apa2 jer. Memang sangat tricky dan susah nak faham. Dengan masa 3 jam pun tak sempat den nak jawab semuanya. Aku memang dah agak apa yang kuar test tu tak kan kuar dan hanya satu graph saja yang akan buat. Buat penat otak jer belajor benda2 yang panjang lebar equation entah apa2 je kan. Huhuhu, sekarang ni berharap dengan markah carry mark dan markah kesian daripada madam jer. Harap madam akan baik hati meluluskan paper CRE. Rasa nya boleh kot  In Sya Allah..

Seharian semalam handphone aku sunyi. Entah, lately ni memang rasa kosong je hati. Rasa macam hati ni kembali jadi macam awal tahun 2013 dulu. Mungkin memang macam ni kot, nak finals dan hujung semester, macam banyak benda nak buat. 
Mungkin pada orang lain, setiap permulaan tahun akan di mulakan azam baru. Aku pun ada jugak azam untuk tahun 2014 ni, untuk jadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan tegas. Kalau sebelum ni orang akan tengok aku lembut, slumber dan selalu rilex je kan. Tapi sekarang no no nooo!

Penat dah wei, ada sesetengah orang ni, macam apa jer. Cakap bukan nak ingat hati orang, cakap main suka dia aje kan. Orang macam ni, kalau kita biar kan ajer, nanti makin menjadi perangai nya. Kena siku bertemu dengan ruas. Baru padan!  Baru dia tahu tinggi mana langit tu kan..  huh!

Aku benci dengan orang yang tak kotakan janji nya. Aku benci jugak dengan orang yang perasan lebih, macam terover perasan tu! Dan benci dengan parasit yang menggangu hubungan orang yang macam tak de orang ke kau nak kacau ke minah kampong.. hadui naa..
Kesian kan, menunggu pada orang yang tak suka kita. Bertahun2 kot. Memang tak kenal putus asa lah ni. Kalau buat business memang dah kayo yer engko ni.. tapi itu lah, nak tunggu bulan jatuh kat riba. Memang tak kan punya.

Kalau aku lah kan, memang lama dah aku blah wei. Tinggal kan mamat tu. Banyak lagi org lain.. dah berapa banyak kali dah aku ulang benda yang sama kan. Macam tak reti bahasa pulak dia ni, oh! Mungkin tak pandai bahasa melayu kot.. haha.. nak aku cakap bahasa kampong? Nanti ko pulak tak paham.. sudahlah wei, ko nak tulis apa pun dekat wall aku or dekat blog aku, tak kan aku layan. Sebab apa? Aku tak de masa nak melayan perangai orang yang perasan lebih ni. Huh.. yang membeza kan kita adalah, ko bukan sesiapa pun, aku tahu kau, tapi aku tak pernah ambik tahu apa yang kau nak buat. tapi dia ni kan, selalu kot ikut apa yang aku buat utk bf aku~ haha, tak de idea lain ke.. ke memang species kau ni suka ikut orang.. poser! len kali cari lah idea sendiri yer.. 

Ok! Kepada orang yang di maksudnya, entry ini memang untuk mu. Yang tak berkenaan, sila abaikan. Kamu tak de kena mengena dengan apa yang aku tulis ni.



You Might Also Like

1 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe