Tips untuk Makeup Konvo
4:37 PTG
Bismillah
Assalamua’laikum semua. Antara hari yang paling penting bagi
kita adalah hari penganugerahan sijil @ convocation cakap omputeh nya lah. Haa.
Untuk hari ini, para siswa memang tak da masalah dalam bersolek, sebab dorang
nak tempek apa je kan kat muka tu. Tapi yang punya masalah adalah siswi. Hurmm bagi
yang memang ada basic makeup technique takpe. Dorang boleh terus makeup muka
sendiri. Bagi yang takde. Mintak tolong mama, kakak or kakak ipar mu. Atau cari
orang yang boleh solekkan muka mu itu. Biar Nampak segar, cerah, bersinar,
gebu,semualah.
Untuk makeup konvo ini, jangan terlalu heavy yer. Sebabnya anda
akan berdiri lama untuk beratur panjang masuk ke dewan dan itu akan menyebabkan
ketiak anda basah. Justeru makeup pun hancusss~! So, guna alat makeup yang
kurang minyak. If not, muka akan berkilat bak cermin tinted tu. Hehehe. Dan
bawah mata akan bengkak macam apa dah. Boleh guna eye shadow ikut baju kurung
anda. Tapi boleh juga guna wrna lain. sekarang kan dah color block dah. Baju merah,
eye shdow hijau engkau. Macam merak dah tu. Heheheh
Pastikan foundation yang anda pakai itu tahan lama,
selalunya sampai ssetengah hari. Untuk lips pulak, guna warna pink or nude
colour. Untuk Nampak muda remaja, Oleskan sedikit lip tint. Dan jangan lupa
eyeliner yer awak sekalian. Jangan tebal sangat. Tapi biar ada wing kat hujung
mata tu. Nampaklah yang kamu sedang happy. Hehehe. Ok?
Untuk yang bertudung, pastikan tudung kalian tidak menutupi
wajah.maksudnya jangan guna tudung yang terlalu bebas atau longgar. Nanti bila
snap gambar, muka kamu tak Nampak pulak. Kan rugi dah makeup cantik2. Hadui..
so, pin kemas2 dan lilit cantik2 yer.
High heels jangan lupa pakai, ikut kesesuaian kamu. Mesti lebih
2 inch yer bagi student UiTM. Warna hitam. Masa ini lah kamu nak melaram dan
ambik gambar banyak2.
Itu sahaja perkongsian numi untuk kali ini. Kalau dulu numi
boleh makeupkan untuk student UiTM Samarahan, sekarang di Shah Alam agak
terbatas. Dah rindu nak makeup muka orang sekarang ni. K lah. Nanti numi kongsi
lah.
Xoxo Love Numi
Allahmualam, Assalamua’laikum
0 Orang Positif