Kisah 8 dirham
6:59 PTG
Bismillah
Assalamua’laikum. Pernah dengar kasha 8 dirham? Haa, bagi
yang tak pernah meh nak carita sedikit. Ini adalah ceritaa pada zaman
Rasulullah saw dahulu. Rasulullah saw punya 8 dirham, baginda berhajat mahu
beli pakaian baru untuk diri baginda. Semasa dalam perjalanan, Rasulullah saw
terjumpa orang yang susah hidupnya lalu baginda member 4 dirham kepada orang
yang susah itu. Maka tinggal pada tangan Rasulullah 4 dirham, lalu baginda
meneruskan perjalanannya lalu jumpa seorang lagi yang tengah kelaparan. Lalu baginda
saw member 2 dirham kepadanya untuk membeli makanan. Tinggal lah 2 dirham di
tangan rasulullah saw.
Dengan 2 dirham itu Rasulullah membeli pakaian baru. Dan baginda
pun balik ke rumah. Dalam perjalanan nya balik, Rasulullah berjumpa seorang miskin
yang memerlukan pakaian baru. Lalu baginda memberi pakaian yang baru di belinya
tadi kepada orang miskin itu. Lalu apa yang tinggal kepada Rasulullah? Tiada..
tapi Rasulullah rasa bahagia apabila dapat memberi kepada fakir miskin.
So, moral yang kita boleh dapat kat sini adalah, orang yang
selalu memberi itu akan merasa bahagia dalam dirinya. Daripada orang yang
menerima. Bukan itu sahaja, kita akan di doakan oleh si penerima dan jika benda
yang kita beri itu bermanfaat, maka pahala yang kita perolehi tu akan berganda.
Tidak akan miskin seseorang itu jika dia memberi @ bersedekah. Bukan sahaja di
masjid2 kita menginfakkan wang, bahkan kepada anak2 yatim piatu, orang-orang
susah dan tidak berkemampuan.
Anak-anak yatim boleh menyucikan hati dan harta
yang kita perolehi. Maka selalulah memberi kepada mereka. Apa guna nya harta
yang banyak, tapi di simpan. Adakah ia asset yang kita pertahan kan untuk kita
mati kelak? Hurmm, tidak. Tapi amal jariah kita di dunia ini yang kekal bersama
kita nanti, dan doa dri anak2 soleh.
Oleh itu, banyakkan memberi tanpa mengungkit. Jangan kedekut
mengeluarkan wang diri sendiri, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada
sekarang. Kayakan hati dan rasa bahagia selalu..
:D
XOXO love Nurmi,
Allahualam.
Assalamua’laikum
0 Orang Positif