My Latest news & true love
4:53 PTG
Bismillah
Assalamua’laikum, lama dah tak update blog numi ni, ini pun
numi kena type dulu kat words, then baru dpt publish kat blog. Line internet
tersangatlah limited sekarang ni. So, apa yang terbaru sekarang? Numi yang
latest adalah baru balik dari Kuching pada minggu lepas. Nak bawak bf to meet
my parents. Sekejap aje kita pergi dan tak ramai saudara yang sempat kami
lawati. Di sebabkan masa sangat limited, kami pun jumpa beberapa orang jer dan
pergi tempat2 yang penting.
Tujuan utama numi dan Ben balik Kuching minggu lepas adalah
untuk memperkenalkan Ben dengan familyku. Dan untuk berterus terang dengan mama
ku tentang tujuan utama kami berkawan. Memang ramai dalam kalangan orang
sekeliling ku tidak bersetuju dengan keputusan yang kami ambil, tapi bila numi
kenang balik, mama tu dah tua, dan dia sorang yang belum punya cucu dia
sendiri, dan asyik ‘ngeresik’ bak kata orang Sarawak nak kan cucu. Aku jadi
serba salah. Dengan usia nya yang semakin lanjut, dan keadaan dirinya, aku tak
sampai hati untuk hampakan permintaan nya. Dan aku sangat bersyukur di temukan
dengan Ben yang betul2 menyayangiku.
Terima kasih <3 p="">3>
Dalam berkasih kan memang kita selalu mengharapkan hubungan
sentiasa baik. Tapi ada masanya terjadi jugak persefahaman kan. Orang kata, kalau tak gaduh tak manis.
Haha, ye lah tu, bagi ku pulak, bila bermasam muka meman suatu dugaan . untuk
memujuk si dia dan menahan hati diri sendiri memang sesuatu yang amat sukar.
Kita orang perempuan memang kena tahu angin orang laki ni, tak semua nya sama,
dan akan ada masanya jugak kita akan terlarut dengan hati diri sendiri. Pada masa
itu lah nanti, kita kena rawat hati kita dan mohon Tuhan untuk rawat hati si
dia jugak. Bila badai menimpa, jangan sesekali menyebut perkataan berpisah.
Haaa, ini selalu berada dalam ingatan yer teman2. Bila mana kita ada niat untuk
berpisah, maka potensi besar untuk berpisah adalah sangat tinggi. So, untuk
elak benda ini terjadi kita kena jaga percakapan kita. Bila keadaan menjadi
tegang, baiknya untuk kita tarik diri dari perbualan, tenang kan hati. Orang
perempuan ni, hatinya di mulut. So ada po ensi besar untuk dia mengungkapkan
kata2 yang tidak sepatutnya di sebutkan itu. Orang kata, bila darah tengah
manis, banyak perkara yang bakal menguji keteguhan hubungan kita. Memang pun
you! Numi mulai rasa ujian2 itu. Tambah lagi dengan ujian2 mid term tak lama
lagi, bertambah stress aku di buatnya.
Untuk mengekalkan kasih sayang, adalah untuk tidak selalu
bersua muka. Bila mana jarang berjumpa, rindu itu akan ada di hatinya. Kita
akan rasa nervous untuk jumpa dengan nya, macam pertama kali keluar dulu. Kan?
Sweetnya, jangan la terlalu awkward, memang bila lepas bergaduh tu, kita akan
senyap automatikli. Heheh, but still be cool. Tapi dalam hati bukan main lagi
yer nervous nak jumpa. Hehehee.
Selain itu, selalu lah lihat semua gambar kamu bersama.
Secara tidak lansung, hati yang panas akan sejuk. Muka yang masam jadi manis,
dan kita akan mudah untuk tidur.
Dulu, kalau tak terima sms darinya sehari or sejam satu
memang tak sah kan? Sekarang pun masih macam tu jugak. Walaupun bermasam muka,
tapi nak tahan hati utk tidak sms nya adalah suatu yang menyiksakan you know. I
am a very active bbm user. Dan bila jari ni tak bergerak untuk type bbm, memang
aku rasa ada something kurang. Tapi kena jugak tahan. Bagi dia, untuk
mengekalkan rasa excited terima sms kita, kurang kan sms dia dulu. Tunggu dia
yang sms kita dulu, walaupun jari ni dah macam apa kan nak type tu. Jika di
ayang sms kita dulu, maksudnya dia memang ingatkan kita. If not? He is not
thinking of you at all. Or he is still mad.
Kalau kita sudah benar2 memaafkan pasangan kita, do not ever
mention what your partner did was wrong during the past. Kita maaf kan dia, dan
kita terima dia seadanya. Kita terima setiap tingkah lakunya, rupa parasnya,
dan terima sejarah silam nya. Redha dengan apa yang telah Allah bagi kita, in
Sya Allah, kamu akan rasa bahagia.
Dan untuk menjadi bahagia bersama pasangan kita, kena lah
dengan seseorang yang kita rasa selamat, selesa dan orang yang boleh buat kita
ketawa dikala kita bersedih, berjalan seiring bila bersama, sentiasa menyokong
setiap masa, dan menasihati kita di masa kita khilaf. Memahami kerjanya,
masalahnya dan peribadinya. Seseorang yang betul2 mencintai kita tak kan
meninggalkan pasangannya walaupun terdapat beribu alas an dan halangan untutk
meninggalkan nya, dia tetap di sisi. Itu adalah cinta sejati. Aku harap apa
yang aku temui sekarang adalah cinta sejatiku. J
Untuk itu, kekalkan ia dalam hati dan selaraskan ia dengan
mati. Maut,rezeki dan jodoh kena selari, baru apa yang kita perolehi dan buat
sekarang bukan lah sesuatu yang sia2. Okei. Walaupun kita banyak melakukan
kerosakkan pada diri sendiri, tapi Allah tu Maha Pemurah, pintu taubat dia
sentias terbuka untuk hambanya yang mahu kembali kepadanya. Ok, jangan pernah
putus asa kerana kebahagian sentiasa menanti kita. J
bye, nanti numi update lagi, Assalamua'laikum
0 Orang Positif