Iftar Bersama-sama anak anak Yatim
2:17 PTGBismillah
Assalamua'laikum.. harini hari ke 15 kita berpuasa kan, dan aku dah cakap dengan mama yang misiku untuk menurunkan berat badan akan dimulakan harini. memandangkan hanya tinggal 15 hari lagi untuk kita berpuasa, so kesempatan ni akan aku ambik untuk slim down a little bit ok.
About Ramadhan, pada hari isnin lalu, kami sekeluarga pergi ke rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Laila Taib untuk mengadakan majlis iftar serta tahlil untuk makcik (Wa). kami meraikan majlis bersama hampir 150 orang anak anak yatim dan ditambah lagi dengan ahli keluarga kami yang ramai, penuh dewan makan tu.keluarga ku tiba awal di rumah kebajikan untuk mengelakkan kesesakan, tapi yang pastinya suasana rumah kebajikan memang tidak lah sesunyi seperti yang aku sangkakan, anak anak ramai berkeliaran bermain, dan berlari. mereka macam tiada rasa duka yang melanda, walaupun di hati masing2 kita tak tahu.
aku sempat interview dua orang pelajar yang menetap kat situ, kebanyakkan nya mereka daripada keluarga yang susah dan telah kematian salah seorang daripada orang tuanya. aku tanya lagi, ade ke anak yatim piatu kat rumah ni, adik tu jawab, mesti lah ada kak, siap tunjuk lagi siapa orang nya. huhuhu, terharu jugak la, budak yang kematian kedua orang tuanya aku rasakan beru berumur 9 tahun. budak laki2. mukanya ceria, senyum je. dengan songkok hitam.
majlis kami dimulakan dengan bacaan Yasin dan usai bacaan yasin, kami ke dewan makan untuk berbuka puasa. kat Kuching, waktu berbuka adalam pada jam 6.48 ptg, or mungkin lebih. suasana dalam dewan meriah, dengan kedatangan ahli keluarga aku yang terdekat. aku macam biasalah duduk berdua dengan Deknor. she is one of my gorjess cousin, but sorry guys she is taken. heheheh.
kami ambik sedikit juadah untuk berbuka, ermmm, sikit ker? macam banyak je. ada agar agar coklet cheese 2 keping, kuih bakar durian, tapai, karipap mama, 2 biji kurma, agar agar lagi, dan coconut jelly. banyak kot kami makan untuk berbuka. 10 minit berbuka kami bergegas ke surau untuk solat Magrib dan balik semuala untuk juadah nasi. menu harini adalah Nasi tomato.
bila perut dah terlebih kenyang, mula lah rasa mengantuk, tambahan pula dengan cuaca yang panas di samariang. kami bersolat Isyak dan berterawih di sana. selepas soalt witir, sesi bersalaman antara ahli keluarga, dan pemberian ampau. untuk budak budak ni dapat ampau. heheh, aku yang jadi penapis untuk pastikan dorang bersalaman antara ahli keluargaku. sambil bersalaman ku aku usap kepala mereka. wah! dah rasa macam mak mak dah ni. heheh, deknor pun turut serta bila tengok aku bersalaman dengan mereka. jam 9.30 kami dah balik kat rumah.
0 Orang Positif