Sekitar Program PMG 2013
10:44 PTGBismillah
Assalamua'laikum kawan2 ku sekalian.
baru dua hari tak update belog, aku tahu ade yang rindu kan.hihihi, ada kah.. what everlah. what did i do yesterday? kan semalam aku cuti kan. so seperti plan aku semalam2, aku nak roaund2 kuching. so tempat yang aku sempat jelajahi adalah pasar Kubah ria, yakni pasar minggu baru. kita ni pengganti pasar minggu Satok yang dulunya dekat Satok. besar woo, memang patut jugak banyak kali perasmian, dan yang latest is by Timbalan Perana Menteri kita. aku macam tourist je rasanya bila jalan sorang2 kat pasar tu. hahah.. kan lepas hantar adik ku ke tempat kerjanya, di Yayasan Sarawak. dah dekat pasar tu, aku jalan kesetiap block yang ada.. dari block A sampai E kalau tak silap. dah pun hari Jumaat kan, so tak ramai penjaja. lagipun time tu jam 8 pagi. ingatkan nak beli tomato, buat makan. tapi sebelum tu aku roaund dulu area2 terdekat. bila ku amati lagi, tempat ni memang bersebelahan sungai. ah?? memang lah akan naik air kalau hujan tak henti ni. walaupun dorang buat tempat ni tinggi kan, tapi aku rasa berkemungkinan besar akan ade jugak banjir. but then, harap2 lah benda tu tak jadi buat masa sekarang.. sebab baru jer pindah kat pasar baru dah nak banjir pulak.. heheh
then, bila dah beli barang yang aku nak tu kat pasar tu, aku drive pulak ke rumah nenek. nak booking tiket flight balik KL nanti. dah selesai booking, aku bersih kan pulak mata kucing hitam kat rumah nenek tu. kesian gila aku tengok dia. mata sebelah macam sakit jer, sebab tak de sorang pun ddekat rumah tu nak bersihkan matanya. bila dah siap bersihkan, baru dia dapat bukak matanya. heheh, aku pulak yang seronok. sebab lama dah tak belai anak kucing kan. lagi2 warna lain daripada warna Ridut or boboi. tapi dia comel sangat, kalau di jaga betul2 dan diberi kasih sayang yang cukup. dia mesti jadi comel dan gemuk sama dengan boboi sekarang.
then, bila dah habis buat semua tu, aku sempat lagi tengok movie Cleopetra kat youtube. memandangkan line dekat rumah nenek sama taraf dengan wifi dekat CC, so apa lagi, memang xda buffering lansung movie tu. dekat nak 3 jam jugak lah aku dan kazen ku nonton cite tu. :)
dah dekat nak tengahhari, mama aku pulak call srh balik. katanya dia tiada teman bercakap. aku pun cakap dengan nenek, aku nak balik rumah, tapi kena makan lunch dululah, temankan nenek makan. lama sangat rasanya tak berambeh rumah nenek ni.
usai makan semua, aku pun drive balik rumah. tnegok mama, tengok tv, then bila bapak datang. dorang same2 tido dekat sofa. tadi nak sangat aku balik sebab nak ajak bercakap. then, tengok maing2 tidur. penat agaknya. aku pun sebelum drive balik tadi, aku decide nak jaga si kucing kecik hitam tu tadi. nak ambik jadi adik Boboi. heheh. walaupun aku tahu boboi tak kan suka bila kasih sayang kami sekeluarga dibagi2. tapi aku kesian dengan si kecik ni. dah la bulunya kusut, busuk, matanya pulak sakit. bila dekat rumah aku bagi dia makan, minum,then mandi sewangi wanginya. buang semua kutu di badannya. dan bagi dia sangkar. takut di rusah boboi kelak.. ni rumah barunya.. :) aku happy bila dapat tengok matanya dah dapat bukak lagi. hurmm bila dah nak asar tu, aku solat then baru teringat, aku kena gerak ke Unimas untuk program Perkampungan Menara Gading(PMG). program ni khas untuk budak2 lepasan SPM or STPM yang hendak melanjutkan pengajian dorang ke Universiti kelak. kami sebagai senior2, tuga kami adalah untuk memberi pendapat tentang pengajian mereka kelak. dan terdapat beberapa modul yang akan dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam nanti. aku memang nak jadi fasi untuk PMG kali ni, lama sangat dah tak jadi fasi, tapi kakangan kerja yang memabataskan semua. jadi ajk pun boleh. tolong2 kawan2 ku yang lain. yang bestnya, aku dapat jumpa lagi kawan2 ku lama. dengar celoteh mereka buat aku tak kering gusi. tak lupa juga berkenalan dengan kawan2 baru. :) experience makan dalam talam pada malam tu. berebut ayam dengan Tirah. heheh,,
lauk kami.. :) Alhamdulillah |
dari kiri: aisyah, kartika, kak adiba, killa, and aku |
tambah dengan wawa and kak kbye.. (lupa namanya, tapi dia salu sebut k bye..) |
0 Orang Positif