Sekitar Majlis Perkahwinan Yan

1:47 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum. dah berhari hari rasanya tak mengupdate belog. ok, hari ni aku nak menceritakan or mereviewkan cerita Hantu Kak Limah 2: Husin, Moon dan Jin Pakai toncet. aku rasa ramai yang dah tengok, selepas 2 minggu dia release kan. aku rasa memang tak rugi korang tengok cerita tu, memandangkan    korang akan gelak dari awal movie tu, sampai habis cerita tu. so cepat2 yer gi kat cinema berdekatan untuk tengok sendiri HKL2.
numi malas rasanya nak review, walaupun kat atas tu numi cakap nak review kan, tapi korang boleh tengok thirller tu sendiri. hookeeyyhh? ok.. done, habis sal movie2 ni, numi nak wish selamat pengantin baru kepada kawan sekoah numi yang telah melansungkan perkahwinan pada bulan lepas. kalau tak silap bulan lepas, tapi masjlis persandingan dorang tu yang baru diadakan semalam. jarak antara kampung dia memang jauh, aku boleh agak kira2 45 minit perjalanan jugak lah. dan ini jugak kali pertama aku drive sampai melimpasi sekolah matang 2. memang jauh.~ aku bertolak dari rumah pada jam 10.20 pagi, dan sampai pada jam 11 pagi. itupun bersyukur sebab tak sesat. sepanjang perjalanan tu memang mengerikan, sebab jalan utama ke Sebandi ialah menggunakan jalan melalui politeknik. dah la jalan tu baru je lepas tanah runtuh, ,memang mengerikan.
kawan2 aku yang lain telah pun tiba awal, nasib kami baik, sebab tak lama kami sampai, kami terus duduk di meja makan untuk menjamu selera terlebih dahulu. lauk pauk yang dihidangkan memang sedap semuanya. dan kalau selalu, kenduri kawen ni dorang akan hidang keceri nana yang biasa tu kan, tapi kat kampung ni, keceri nanas nya ada sedikit lain. dan lebih sedap. aku kalau tengok keceri nanas yang biasa tu memang tak lalu nak makan, sebab rupanya macam buah nanas yang tulen2 tu, tapi ni, dia masak nanas tu ala2 kari style. dan nanas tu nampak lebih masak dan menyelerakan. dan untuk pertama kali jugak aku merasa rebong masak lemak. mama aku memang tahu aku ni memang tak suka sayur rebong, tapi masa makan semalam, sayur rebong tu nampak sedap, dan bila dia masuk kat dalam mulut, lagi lah sedap~! wah! tak sia2 datang jauh2 dapat makan yang sedap2. walaupun lauk pauk biasa yang dihidang masa majlis kahwin, tapi masakan nya memang sedap.
bila perut dah kenyang, kami pun mula memenuhi depan pelamin. ramai rakan2 ku disana, dan ramai dalam kalangan kami yang masih single2,heheh.. sebelum tu, sempat jugak kami poing untuk bergabar ramai2 bersama2 kawan kawan sekolah ku.

yang sebelah aku tu is tikah, dia memang putih, aku tahu lama dah~ 

bai x nampak, yang 2 laki hensem ni ialah abdullah and shahril..
tak lama kami duduk kat sana, pengantin pun datang. suami yan kelihatan muda, mungkin sebaya dengan kami atau tua hanya 2 tahun sahaja. dia merupakan pengurus syarikat Buiness Berjaya Online. manakala yan, or Siti Saflina merupakan seorang mahasiswi. Syukur sangat sebab percintaan yang dibina telah pun halal dengan adanya ikatan yang sah.


doaku kepada kedua mempelai, semoga dimurahkan lagi rezeki kalian semua, dan sentiasa bahagia dalam kehidupan seharian. :) 
dan kepada Shila Awla, cepatan dong nikahnya..~ udah cocok bangat bial bergandingan dengan pacarnya. hehhehe. opss,, kuar dah slang indon nya. bila dah giliran shila tu, jangan lupa jemput ok. inSyaAllah akan drive walaupun jauh di Simunjan sana. hehehe..
till then, assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe