Jahit, Selsema, Result dan Secret Admirer

12:43 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum
hai you alls, aku harap korang semua sihat jer kan. aku je ni yang baru2 jugak nak sakit. mungkin sebab virus kot. itu yang buat aku sakit ni, eh2, sakit2 pun empat siapkan 2 helai tudung ok. jangan men2. naaa. tapi belom boleh show lagi. yang semalam punya aku dah bagi kawan2 aku tunjuk kot. yang ada add fb aku boleh tengok video aku kat sana. heheh, alhamdulillah, semua yang aku buat menjadi. sekarang ni tinggal tunggu nak g rumah nenek dan start menjahit balit. lagipun kat sana ada mesin jahit sisi, so senang lah aku nak jahit mana2 sisi tudung tu.

btw, esok jumaat kan, 15hb Febuary. genap setahun aku mengenali seorang kawan ku. dan pada tahun lepas dia pernah berjanji kepadaku untuk quit merokok bila menjelang tarikh 14 febuary tahun depan, iaitu tahun ini lah. dan aku bersyukur sangat2, dia dah kotakan janjinya. walaupun kami tidak bersama aku tahu dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..dan jugak, esok hari, result exam kami akan kuar. aku memang takut lah kalau dah sampai hari kuar result. yang pasti aku akan terima dengan pasrah nya. jika keputusan baik, memang akan aku tunaikan Nazar ku, jika tak, aku tetap bersyukur. aku doakan kawan2 aku yang lain pun dapat result yang gempak. heheh.. korang memang pandai...:)

hidung selsema aku ni makin menjadi pulak, bila dah dapat heavy flow ni, akan buat kepala aku cepat pening. tadi dapat mesej dari kawan lamaku, memang dia ni kaki penyakat! aku memang sengal tol dengan dia. orang tengah serius,  dia pulak nak main2. adei.. makin lah buat aku ni pening kepala. dan buat aku sikit sedih. ye lah kan, aku ni semut merah, yang kecik ajer. tinggal jauh pulak tu. huks,, dah2,,  kalau emo2 macam ni, ade karang boleh meleleh hingus time nak tido jap agi. eeeeeeeeeeeeeeeeiii,, memang selekeh kan.. tape2, aku ada kain pocak ku.. untuk jadi mngsa hembusan hingus tu nanti. heheh, bagi korang yang geli nak baca entry yang kat bawah2 ni sila stop bace ok. nanti ade pulak yang muntah tak leh makan.
aku bukan ape, tengok pagi tadi bila aku hembus nak buang semua hingus2 tu, tengok dah warna hijau dah. itu tandanya selsema korang nak kering, aku pun suka lah. so aku tak delah nak makan lagi pil selsema tu, tapi bila dah menjelang tengahari, mula balik hingus putih ni kuar. adeiiiiiiii.. penyesal tak makan ubat pagi tadi, hhuhuh..

dahh2 stop talking about hingus dan flu, so kite cerita lain ah? about secret admirer. korang ade? ade kot... aku tade.. memang takde. kawan biasa ramai. sekarang ni aku raa orang yang mengaku kawan biasa itu lah kawan luar biasa. ye ker? entah aku pun tak tau. tak macam orang tu, mentang2 hari ni V day, dia dapat chocolate ok.. huh.. ye lah, ex pun non muslim, so ape nak kisah, orang memberi, kita merasa. jangan pulak di buang ok. aku tak sambut pun hari2 Valentine's ni, bak kata makcik aku, hari2 merupakan hari kekasih. hehehhe.. bukan, tapi sekarang aku tak de pun sesiapa, ade mama, boboi dan adik2 aku..  eh, secret admirer tadi? hurmm.. entah. aku yang secret admirer kat orang ade lah kot. heheheh. nak tahu siapa? rahsiaaaaaaaaaaaaaaaaa....  hehheh.. k lah kawan2 semua, aku dah mengantuk ni baru lepas makan pil flu. so effect ubat dah mula dah. mate pun makin sepet.

Assalam

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe