Sekitar Majlis Maulid Nabi Hari ini
Bismillah
usai solat maghrib tadi, bapak aku yang jadi Qari untuk mengaji. dalam tentatif tadi, ada slot mengaji daripada bapak aku. no wonder lah aku dengar dia asyik mengaji lately ni. memang merdu suara bapak aku. yalah kan, mesti lah merdu, dulu masa mudanya dia selalu menang kalau masuk pertandingan mengaji. dan sampai sekarang suaranya masih mantap. eh.. bukan kerana dia bapak aku aku puji ok, dah memang dia layak untuk dapat pujian tersebut. semuanya anugerah Allah kan.
Assalamua'laikum..
sekitar majlis Maulid Nabi hari ni di surau perumahan aku. kami tiba agak lewat, sebab nak tunggu aku berkemas lagi,. jam 7 baru sampai di surau. firt kami solat Magrib berjemaah. usai solat Magrib, majlis di teruskan dengan ceramah. tapi sebelum itu kami sekeluarga sempat ambik beberapa snap. memandangkan
adik aku bawak kawannya sekali, aku tengokkan mereka macam kembar jer.. wajah serupa betol~!
| hani and normah |
| memang macam kembar kan.. ? |
| ada macam oki ? |
| me with mama.. |
ramai jugak jemaah yang datang ke majlis malam ini. memang mama siapkan lebih dhal nya. aku tadi sempat dengar perbualan antara ajk surau tu dengan mama.dia bisik kat mama ku yang nasi malam ni habis licin.~ kalau selalunya banyak jer makanan berlebihan. Alhamdulillah tiada pembaziran..
| para jemaah wanita |
| bapak tengah mengaji.. terpegun aku..~! |
| gambar hiasann..hahah |
usai solat isyak, majlis tidak tamat begitu aje. pihak surau mengadakan selawat keatas Nabi secara beramai ramai.lepas tu pihak surau menyediakan sedikit jamuan untuk para jemaah menjamu selera. rasanya bukan jamuan, kira macam kenduri aje aku tengok. ada pelbagai jenis lauk yang terhidang. ada ayam masak kicap, samabl asam, acar, kuih muih dan banyak lagi.
| jemaah lelaki |
| time makan.. |
| muka kenyang aku~ |
bila dah kenyang, aku dan mama kena tunggu sekejap. sebab nak ambik balik kawah yang kami bawak tadi. dah sampai rumah, snap gambar kejap. tengok dua hari cuti, buat muka aku dipenuhi dengan jerawat sudah. hope malam ni dapat tidur nyenyak sambil mimpi yang indah..
| assalamua"laikum |
Ulasan
Catat Ulasan