Sebel

8:56 PTG

Bismillah

Assalamua'laikum..
hari ni dan semalam seperti biasa aku pergi dan balik kerja. cuma hari ni lebih busy compare to semalam lah. lunch memang ramai customer. sampai ada customer yang amek kesempaan lari tanpa bayar~! itu yang buat hati aku panas ni. sampai benda tu aku yang dipersalahkan. mungkin sebab masa tu aku busy, tak perasan pun time tu dengan customer2 yang duduk dekat luarkan. tambah lagi bukan aku yang amek order meja tu.. tapi tetap aku yang kena lecture.. takpe2. marah tanda sayang kan.. senyum aje.. malam nak lawan cakap bos, iye2 kan ajer. dan aku rasa harini memang hari aku kena marah kot dengan orang. balik sampai je dekat rumah kena marah lagi dengan bapak aku.. ermmm.... iye2 kan aje cakap dorang. tambah lagi dengan badan penat, lagi lah aku malas nak layan.

then, tengok gambar kawan sekolah aku nikah tadi, buat aku senyum sorang diri. Tahnian Canon.. dah jadi laki orang ya, ubah2 gik perangei ya keyh. jadi lebih tanggungjawab. sorry x pat datang. aku doakan kau dan bini akan berkekalan hingga akhir hayat. kiut li ktk 2 laki bini..



makin ramai dah kawan2 aku mendirikan rumah tangga tahun ni. hurmm, adakah ini petanda yang tahun ini bakal mencetuskan kontroversi yang besar jugak? hehehe, nak tahu ker? mana lah tahu kan, kot2 rezeki aku ada anak sultan suka kat aku dan terus ajak kawen.~ ah! getek sungguh.. belajar tak habis lagi.. heheheh, takpe2. mama aku pun dah tua, dia nak sangat tengok cucu dia. jeles kan, tengok adik beradik dia yang lain semua dah bercucu sendiri. cuma aku jer lagi anak sulung dia belom kawen. pas tu dok asyik tanya aku, ade ke. steady boyfriend? huhuhuh. sakit hati tau, kalau hari2 tanya benda tu. dah memang takde. nak buat macam mana. tambah2 lagi, dia baru san tengok gambar kawan aku kawen. mula dah drama sebabak antara aku dan dia tadi. mama aku memang macam tu. ada dalam kalangan kawan ku pasti suka melompat gembira sakan kalau mama nya suruh cari bf then kawen awal.huuuuuu.. tapi aku sebaliknya. bukan aku tak suka. kalau dah memang tak ada. nak buat macam mana kan. setakat berkawan aje. walaupun isi hati nya aku dah tahu, tapi masih jugak status kawan, aku tak berani nak bagitahu mamaku tentang itu. huhhhh.. aku harap mama akan lebih faham. =')

ermm, dulu, masa aku umor 20 tahun rasanya. that was 2 years back, aku pernah pergi khusus penyediaan makanan, sebab masa tu nak dapatkan sijil untuk bukak restoren or kedai2 makan kan. so aku tahu lah sedikit basic2 dalam penyediaan makanan walaupun aku ni ada blur sikit. tapi bukan bermaksud aku tak tahu buat. huhuh.. aku tahu dia memang suka kat seseorang. hah.. biar lah, bukan urusan aku kot. adik2 yang sama kerja dengan ku mungkin ada yang pernah bekerja di kedai makan sebelum ini, cuma ada beberapa aspek yang dorang kena tambah lagi. aku dah menegur dengan baik, tapi still buat jugak. still tak nak dengar.  tahu lah diri ni bukan nya taukeh kedai, tapi bila tengok tauke kedai pun tak menegur, mungkin nak jaga hati pekerjanya, memang aku tak boleh duduk diam. kena tegur dua tiga kali. sampai aku bawak sekali pengetep kuku mama aku, untuk makesurekan sorang budak ni potong kuku dia. huhhhh.. itu lah yang buat aku sebal sangat hari ni. tetap aku sabarkan hati ku untuk tidak marah dan nangis. huhuh.. dah la, harap esok aku akan lebih alert, dan sentiasa tahu siapa customer yang datang~ok...

rasanya,xda benda sangat nak betulkan dekat entry ni. sebab ketiga2 perenggan menggambarkan rasa sebal aku kat dorang ni. hehehe. so, nak buat penutupnye je lah.
selamat malam dan Assalamua'laikum

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. spe tu siap dh tahu isi hatinya....

    lps tuh ckp plak dia suka kt seseorang....pening la baca...

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe