Peopel Change

11:19 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum..
aku ada benda nak share sikit. pasal perangai orang ni lah, yang mudah sangat lupe asal usul dia. enrty ni bukan lah nak kutuk sesiapa, just untuk peringatan untuk diri sendiri dan kepada yang terasa, diharap korang  maaf kan aku. aku ni hanya meluah rasa hati. kan pepatah melayu ada cakap, Bersusah susah dahulu, Bersenang senang kemudian. rasanya semua orang faham kan pepatah itu. kite kena bersusah dahulu untuk mencapai kejayaan.then, bila dah berjaya tu, mula lah nak hidung tinggi segala. ingat kawan kawan ku, semua yang kita miliki sekarang hanya sementara. semua nya milik Yang Maha Esa. dan semuanya jugak atas berkat doa dan restu dari orang tua kita.. kalau dengan orang tua kita pun kita dah lupekan, ini kan pulak saudara mara kite kan. orang miskin tak semestinya hanya menagih wang dari kalian, mungkin mereka hendakkan pertolongan dari segi pendapat or idea.
dan lagi satu, kalau nak beri pertolongan itu, kena lah ikhlas.aku tahu keikhlasan tu hanya Tuhan jer dapat menilai. tapikan, kalau sudah mengungkit segala pertolongan itu, rasanya tahap keikhlasan itu memang tak delah. mungkin anda buat itu semata untuk menaikkan nama or darjat anda. kott..entah,, niat masing2.. kalau betul nak tolong orang, kena betulkan niat. nak cari kekayaan memang susah, then bila dah dapat kenalah jaga dengan baik.kena tahu macam mana nak dapat keberkatan dalam duit itu. dan kalau memberi, jangan mengungkit. kena hormatkan orang yang lebih tua dari kita, dan ingat balik masa susah senang dulu. mungkin sekarang masa kau yang berjaya, dan sekarang dah boleh berlagak sombong segala, tapi ingatlah. roda sentiasa berpusing. dalam hidup memang akan ada ups and down nya. so, hati hati lah.. aku memang dah tengok benda ni jadi depan mataku sendiri. dan drama dalam tv pun banyak siarkan cerita teladan macam ni.
kita tak tahu, nikmat yang Allah beri itu mungkin sementara. dan dia boleh tarik nikmat itu jika kita tidak mensyukirinya. dan yang paling aku takutkan bila redha orang tua kita itu, yang kita tak perolehi. buruk padahnya. so, aku harap dalam semua tindakkan dan tutur kata kita seharian, sentiasalah jaga hati mereka. bila rehda parents kita hilang, maka hilang juga lah redha dari Illahi.
ini pesanan untuk diri aku sendiri sebenarnya, semoga satu hari kelak aku tak kan jadi seperti kacang lupekan kulit.. dan aku doakan mereka yang terasa tu, cepat2 lah mohon maaf. jangan biarkan ego membatasi rasa bersalah kita. tak salah kalau kita nak sedekahkan wang ringgit kepada yang memerlukan.. makin berganda lagi ada aku rasa.. rezeki yang kau perolehi. dan takkan miskin terus kot. kalau setakat sedekah rm1 or rm10. kalau kamu seorang hartawan..kalau nak sombong sebab diri tu kaya,ada banyak lagi orang lagii kaya dari kamu, dan kalau sombong sebab diri tu cantik, ada banyakkkk lagi orang lagi cantik dari kamu.. so,,, no sombong2 ok people..

assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe