Burger Abang Burn

11:42 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum
Burger Abang Burn? rasanya budak2 yang dok dekat area shah alam ni dah pernah makan, termasuk jugak aku. walaupun baru merasa. tq kawan2 sebab ajak makan kat situ. walaupun dah 2 hari berturut aku ni makan burger jer, adei. tak lama lagi muke pun da macam burger lah kan. kalau lah di Kuching ada burger besar macam tu, ada rasanya, tapi aku pun tak tahu mana tempatnya. haaa, baru ingat, dekat area Swinburn Universiti. kan2..? itu jer lah kot. tempat lain aku tak tahu.
sebenarnya itu plan Marissa, dia yang ajak makan ramai ramai lepas final. ramai lah jugak kiteorang. dan seperti biasa muke2 yang selalu keluar makan berama ialah aku, mak, izzaura dan marissa, rini special sikit, sebab nas pun ikut jugak. so kami berlima lah melantak burger tu.:)

mak kene patah balik sebab nak amek payung. sory maa..
muka2 kelaparan semuanya..
marissa?? mata stim ka? hehhehe
zaura with maa, sik makan daging ok. ayam jer..

pretty me with cik marissa.. :) plus bontot orang belakang tu.. huh..

with nas.. tq belanja sosej.. :)

burger beef cheese
otw balik da, semua basah.. adeii..

teringat balik, kalau masa diploma dulu, habis jer final paper untuk semester 6 dulu, kami ramai2 pergi ke D11 nak makan steamboat. dulu seronok lah habis paper sesama, sekarang mana syok. habis paper beda beda waktu. nak ajak kawan2 klassmate ku yang lain ssemua buat hal masing2. nak balik  terus kot dorang ni sebab kebanyakkan nya dok dekat jer. almaklumlah ini benua dorang. huhuhuh,, kalau kat kuching sekarang ni, memang dah blah dah aku balik rumah. hahaha.. sekarang jadi anak perantauan, kena balik pakai kapal terbang. adei.. semuanya pakai duit. memang besar jugak belanjawan kalau jadi student perantauan ni. tiket pergi balik, teksi lagi, bus lagi.. huhhu, memang mencabar, lagi lagi parents kite tak sekaya mana pun. sekarang baru merasa susahnya hidup sorang di negeri orang. =') nasib baik masih dalam malaysia lagi ni, kalau dah luar negara? cam na tu? huhuhu, rasanya pandai2 lah hidup sendiri, dan akan jadi lebih independent kan..
setiap tahun, hidup kita akan menjadi lebih mencabar, dan benda ini lah yang akan mematang kan kite. setiap tindakan kita tu hendak lah sentiasa dilakukan dengan kewarasan akal, bukan nya ikut hati. kalau ikut hati, memang sudah jauh lah kite ni melencong. itu yang aku dapat pengajaran dari perjalanan hidupku. aku tak tahu korang, tapi semua yang pernah berlaku dalam hidupku menjadikan aku lebih berwaspada dalam melakukan keputusan. bila nafsu dan amarah bercampur dalam hati, akan muncul lah bisikkan iblis untuk beri kite idea2 peliksnya kepada kite kan. betol tak? tambah2 lagi kita ni sememangnya lemah dari segala hal. huuu, sekarang baru nak muhasabah kan diri.

but anyways people, thank to Allah, sebab jadikan kehidupan kita ada ups and downnya. kalau tak memang tak best lah hidup kan. In Sya Allah akan tiba masa bahagia kita. cume perlu minta melalui doa jer.
hope next coming semester ukhuwah antara kami akan lebih erat lagi dan juga bersama rakan sekelas yang lain. amiinn..
 nak titooo dulu.. assalamua'laikum..


You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe