My Girl and I
3:35 PTGBismillah
Assalamua'laikum..
makan tengahhari ku di temani Mysara dan movie korea 'My girl and I'. mungkin ada dalam kalangan korang pernah tengok kan cerite tu. bagi numi cerite tu bawak banyak makna tentang cinta. movie ni mengisahkan cinta antara classmate dan kisah cinta atok dia ni.
dulu semasa dorang masih berkawan, laki ni pergi ajak gf dia pergi jumpa atuk laki ni, dekat situ dia dengar cerita cinta atuk dia yang setia dengan cintanya. First Love. semasa muda atuk nya kena pergi berperang, so kena tinggalkan gf dia dekat kampung. dah bertahun lamanya dia tak balik ke kampung, last dia balik dia dapat tahu perempuan tu dah kawen dan suami dai baru2 jugak mati. dia tengok gf dia yang dulu dah beranak dan dalam keadaan yang sangat sedih. kekuatan cinta dorang yang buat atuk nya balik untuk mememui gf dia balik. tapi gf dia tak kenal dengan atuk nya lagi. sebab keadaan dan tak sama macam dulu. aku tengok pun sedih ok..! dan lepas tu atuk dia try bina keluarga dan sehari pun dia tak pernah lupa akan kekasih nya tu. sampai satu hari, 50 tahun semua tu jadi, anak kepada kekasih dia datang untuk bagi tahu yang mak dorang dah mati. huhuhu, aku punya hati dah luluh kot time tu, sebab atuk dia ni pembuat karanda dan kain kapan. last nya kan atuk dia pergi jumpa dengan kekaih dia time kekasih dia dah mati. dan dia diamanahkan untuk membalut mayat kekasihnya. time tu, atuk dia cakap, kenapa lah kita tak berjumpa balik lepas dia balik perang tu kan, huhuh.. dan inilah pakaian yang dia bagi kat kekasihnya sebab semasa hidupnya dia tak pernah belikan baju. huhuhu, aku dah nangis2 time tu.. (T_T) boleh banjir bilik ku ni.. huhuhu
kat situ dorang ni So-eun and Su-ho tahu macam mana cinta yang sebenarnya. walaupun tak mampu memiliki seseorang tapi rasa cinta nya terhadap seseorang itu akan tetap subur dalam hati kita. hanya jasad yang mati tapi ingatan kita tetap ada untuk dia.
korang memang kena tengok cerite ni. My girl and I.. tengok di You tube pun boley.. kena tengok sendiri ok.. malas nak cerite panjang2.. k lah, adiyoss. assalam..
0 Orang Positif