Tunaikan Zakat Akhir tahun di PPZ Maiwp
Bismillah dan Assalamualaikum semua. Penghujung 2018 dah nak tiba ni, kepada yang beragama Islam, sudahkah korang jalankan tanggungjawab korang membayar zakat? Kalau sudah, Alhamdulillah.. Kalau belum, tak pe. Masih ada masa lagi sebelum tibanya tahun 2019. Disini Numi nak kongsikan kepada korang cara pembayaran zakat yang mudah melalui PPZ Maiwp. Ta[i sebelum tu marilah kita tonton video ringkas daripada abang Norman Hakim kita ni dulu. Katanya ada perkara penting nak share kepada korang semua. ok dah tonton video daripada Abang Norman? Numi rumuskan ape yang beliau cakap tu ye . 1. Tunaikan zakat sebelum 31 Disember bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019. 2. Pembayaran boleh dilakukan di kaunter PPZ seluruh Malaysia yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 ptg. 3. Mulai 26-31 Disember waktu operasi akan dipanjangkan sehingga 9 malam. 4. Bayaran z...