Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Ganti puasa kalian sebelum terlambat.. !

Bismillah Assalamua'laikum.. Memandangkan Ramadhan ni hampir tiba, dah nak dekat sangat dah sekarang ni kan, esok lusa dah nak puasa dah. jadi, marilah kita bersama-sama cepat menggantikan puasa yang telah di tinggalkan. itu ingatan untuk diri ku, memandangkan sehari je lagi tinggal nak ganti puasa. huhuhu.. esok lah yer, kita puasa. itu janji untuk diri sendiri. so, musim exam kami di UiTM telah pun tiba. harini first paper kami, dan yang boleh aku katakan mengenai paper harini memang "THE KILLER!" sedangkan budak paling genius dalam kelas kami pun geleng kepala nak jawab, apatah lagi kami yang biasa ni. huhuhu, dan yang best nya, esok nya pun kami punya paper. Syukur lah yang paper esok tak de lah sesusah paper harini. tapi still jugak kena study. numi pun study yer. barusan study lah ni, jap lagi nak hafal jenis2 graph dan formula2 yang nak diguna pakai dalam final esok. harap lah semuanya aku dan kawan2 dapat jawab. numi doakan yang terbaik untuk rakan2 sekalian...

Sajak : Cubaan Hidup

Tajuk : Cubaan Hidup Ku berjalan seorang diri ke jalan yang aku sangkakan akan menemukan aku kebahagiaan dan dalam perjalanan itu kau telah datang untuk menemaniku kita sama-sama meredah  onak dan duri  di sepanjang perjalanan. ada kalanya kita rebah tersungkur, tidak berdaya, menghadapi segala cubaan mendatang dah ketika itulah kita mesti kembali kepada yang Esa.  itu lah dugaan hidup untuk menguji kita,  jika kita kuat dan sabar,  ganjaran besar menanti kita,  tapi jika kita gagal dan mengeluh, pasti kecundang dek arus yang deras.  Hasil Nukilan : Naomie 

Ramadhan akan datang..

Bismillah Assalamua'laikum hai semua.. malam ni numi ada masa sikit untuk update blog. lama dah menyepi selepas berkahwin ni. heheh, bukan apa, masa sangat limited dan banyak sangat benda nak numi kejarkan. sekarang ni dah masuk musim finals. so banyak masa dihabiskn di kolej, bersama jue~! thanks to her i have a place to stay besides our place to stay.. hujung minggu ajer baru balik jumpa hubby.. so, hari2 lah kami akan text, macam dulu2 jugak. bila hujung minggu jumpa sekejap. menjelang bulan Ramadhan ini, dan sebelum dia tiba, numi kena ganti puasa. banyak hari pulak tu, nasib baik lah numi masih punyai hari sebelum Ramadhan ini. lagipun ini boleh dijadikan praktis menjelang bulan puasa. dan harini merupakan hari yang penuh dengan dugaan. harini numi kena hantar report dan assigment kat lecturer di fakulti, dan perjalanan untuk ke fak tu kira jauh lah sebab jalan kaki dari kolej kan, dengan cuaca yang panas dan aku puasa. memang menduga keimaan aku jugak lah. iblis tak habis...

Inai ku.. :)

Imej
Bismillah, Assalamua'laikum. cantik kan inai ku.. thank you kepada kawa kesayanganku, Siti Aisyah Madini yang beri hadiah inai tangan sera kaki yang sangat cantik. kalau kawan2 nak khidmat inai perkahwinan daripadanya, boleh ke fb nya: Siti Aisyah Madini . cakap korang dapat melalui blog naomie, ok~.. orang sekitar kuching je boleh dapat khidmat ini ok.. yang snap banyak kali untuk pasang kasut tu memang susah ok.. numi nak tunduk susah, tapi kena tunduk, eksen... konon2 tangan sampai ke kaki. sebenarnya masa tu dah nak semput dah. huhuhuhu.. sabor ja lah.. ini antara gambar pada malam berinai. heheh, sempat lagi nak main phone nya kan.. ok.. design inai, korang boleh request dekat dia, or korang ada design sendiri yang cantik, boleh bagi dekat dia...  dan ini adalah design yang numi nak untuk my wedding, cantik kan.. ~!! awwww!.. dia ada banyak lagi design yang cantik2.. so, korang boleh pilih jer..

Makan Nasi Temuan.

Imej
Bismillah Assalamua'laikum..  pernah dengar ni, ini adalah upacara adat makan nasi temuan. erm rasa nya dulu numi pernah update pasal ni dekat entry laam dulu. sekarang tak sangka, num sendiri pulak yang mengalami pengalaman berharga ini. so actually, ini adalah pertandingan, yang menang tak kira lah , boleh jadi lelaki atau perempuan.untuk kami, tiada yang menang, kerana dua2 sama laju dan pantas. heheheheh.. so, lets enjoy it~  ok, gambar last tu agak nakal sikit. dengan tangan menumbuk meja. ahhahaha.. just ignire the hand pleaseeeeee... hehehe...

Upacara Merenjis

Imej
Bismillah Assalamua'laikum.. ni gambar untuk upacara merenjis untuk kami. so, first mestilah daripada my parents. dan seterusnya penghulu kampung, nenek, pakcik dan makcik dan akhir sekali kakak ku serta suami. :)   mama dan bapak naik ke pelamin sambil pegang tangan~ Aww, sweet gitu~!  mama mencium anak sulung dia. hehehe  ni, bapak pulak merenjis.  ni penghulu tempat tinggal kami..  ini nenek kesayangan ku. sempat dia tengok kami bersanding. yang lucu time ni, nenek masa nak merenjis, bukan nya merenjis, tapi dia menuang semua air renjis tu kat tapak tangan kami.. suamiku terus begitu ha tangan nya.. sebab nak takung kan air mawar daripada tumpah. heheheh. riuh semua yang ada atas pelamin tu.. hehehe  ini wa, pakcik ku..  ini makcik ku, Cik Ambi, adik kepada mama.  ini pakcik ku, Cik Fuad. dia suami kepada cik Ambi.  ini kakak sulung ku.. kak Marina. dan ini suaminya.. :)

Our Wedding Pictures..

Imej
 Out Door

My Wedding Day~

Imej
Bismillah Assalamua'laikum.. setelah beberapa bulan merancang, akhirnya apa yang telah di atur semuanya berjalan dengan lancar. majlis akad nikah di lansungkan di Majlis islam pada sebelah pagi Jumaat dan majlis bersanding di adakan di Penview Hotel pada keesokkan harinya. Numi sangat bersyukur kerana majlis yang di rancang kini sudah pun berakhir dan numi sekarang bergelar isteri. hehe. sengih sikit, dah naik pangkat jadi bini orang. Bini Benn.. wah! macam tak sangka. sekarang, segala susah senang kami tempuhi bersama. dan aku sebagai isteri sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada suamiagar dia sentiasa maju dalam kehidupan dia. ok2. banyak pulak ceramah aku ni kan, meh, numi share sikit picture2 kiteorang. masa majlis bersanding jer k. sebab gambar banyak dalam lappy, numi tak sempat nak upload banyak. ok, numi akan upload lagi beberapa lagi gambar2 yang lain. tungguuuuuuuuuuu~